Pertumbuhan Malaysia masih sihat dan jauh lebih tinggi daripada purata global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memetik agensi penarafan kredit, Fitch Ratings yang mengekalkan penarafan negara 'A-' dengan prestasi stabil, berkata ia mencerminkan asas-asas ekonomi yang kukuh.
"Inflasi telah kekal rendah walaupun menghadapi pelbagai cabaran global.
"Tetapi masih banyak lagi untuk dilakukan bagi mencapai matlamat 2020 kita," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 Khazanah di ibu negara pada Jumaat.
Jelas beliau, transformasi yang dilakukan cendekiawan Yayasan Khazanah mencerminkan transformasi nasional yang sudah diwujudkan untuk Malaysia.
"Di bawah Program Transformasi Nasional atau NTP, Program Transformasi Ekonomi itu berusaha ke arah Malaysia mencapai status ekonomi tinggi menjelang 2020.
"Penekanan Program Transformasi Kerajaan adalah meningkatkan pelaksanaan dan memastikan kita meletakkan keperluan rakyat di depan. Kita telah mengambil langkah-langkah yang berani dan inovatif.
"Sesetengahnya seperti rasionalisasi dan penghapusan subsidi serta pengenalan cukai barang dan perkhidmatan adalah tidak popular, tetapi perlu," tambahnya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pelbagai inisiatif kerajaan yang menyasarkan semua lapisan masyarakat, kini menunjukkan hasil.
Ia dapat dilihat menerusi pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bukan sahaja memanfaatkan mereka yang menerimanya, tetapi juga kesan yang baik ke atas ekonomi berikutan kesan pengganda.
Sejak Program Transformasi Nasional dilancar pada 2010, pendapatan negara kasar meningkat hampir 50 peratus dan 1.8 juta pekerjaan baharu diwujudkan.
Astro Awani
Sat Aug 20 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) melihat 'Coffee Table Book' Yayasan Khazanah ke-10 selepas merasmikanya pada majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun Yayasan Khazanah kali-10. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar mesej berbentuk ugutan kepada seorang individu menerusi pesanan di Facebook, pada Sabtu.
Cubaan seludup syabu lebih RM700,000 gagal, lima ditahan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata kesemua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.

Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.

Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.

Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.

Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.

Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.

Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.

Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.

PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.