Pertumbuhan dalam sektor bukan minyak pacu keyakinan pelabur

Bernama
Julai 12, 2016 07:53 MYT
Malaysia mempunyai sejarah kejayaan menarik 10 peratus daripada semua pelaburan langsung asing (FDI) ke Asia Tenggara - Foto Fail
Pertumbuhan yang kukuh dalam sektor bukan minyak akan terus membina keyakinan dalam kalangan para pelabur Malaysia dan antarabangsa, penerbitan global, lapor firma penyelidikan dan perundingan Oxford Business Group (OBG).
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Editor OBG, Andrew Jeffreys berkata Malaysia mempunyai sejarah kejayaan menarik 10 peratus daripada semua pelaburan langsung asing (FDI) ke Asia Tenggara dan ini membuktikan pencapaian negara serta komitmennya kepada persaingan serantau walaupun wujud halangan tertentu.
"Jumlah FDI ke dalam negara ini susut 44 peratus kepada AS$8.7 bilion dalam 2015, mewakili berbilang tahun rendah disebabkan oleh cabaran-cabaran dalam segmen huluan sektor tenaga di negara ini.
"Bagaimanapun, pertumbuhan yang kukuh dalam sektor bukan minyak seperti perkilangan dan tenaga boleh diperbaharui akan terus membina keyakinan di kalangan rakyat Malaysia dan pelabur antarabangsa," kata Jeffreys dalam satu kenyataan pada Selasa.
Editor Pengurusan OBG (Asia) Paulius Kuncinas berkata, usaha terbaru Malaysia bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih canggih akan disambut baik oleh pelabur.
"Lokasi Malaysia yang berada di tengah, kemajuan dalam infrastruktur dan persekitaran perdagangan yang liberal menjadikannya sebagai satu saranan yang menarik kepada pelabur.
"Laporan kami mewujudkan peluang-peluang yang baru muncul di seluruh sektor di negara ini dan saya berharap untuk melihat bagaimana negara ini terus mengembangkan ekonomi pengetahuannya," kata beliau lagi.
#Andrew Jeffreys #OBG #Oxford Business Group #pelabur
;