Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group

Irfan Faruqi
Januari 22, 2025 09:10 MYT
Vijay berkata, graduan perlu disiapkan dengan visi untuk bekerja dalam sektor swasta memandang sektor awam tidak lagi mampu menyediakan peluang kerjaya yang mencukupi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Graduan perlu dipersiapkan dengan kemahiran untuk berdepan dengan pasaran kerja berdasarkan realiti semasa.

Ringkasan AI
  • Graduan perlu dipersiapkan dengan kemahiran yang relevan dengan pasaran kerja semasa, bukan berdasarkan silibus lapuk.
  • Mengurangkan tekad politik dan meningkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk memastikan graduan bersedia menghadapi realiti pekerjaan.
  • Graduan perlu disiapkan untuk bekerja di sektor swasta dan di luar negara, kerana sektor awam tidak lagi mampu menawarkan peluang kerjaya yang mencukupi.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif QI Group, Datuk Seri Vijay Eswaran berkata, ini bermakna, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
"Hanya apabila tekad politik dikurangkan dan jalinan kerjasama yang jujur antara sektor awam-swasta dipertingkat, akan membolehkan graduan ini bekerja dalam format realiti.
“Bukan dalam format pekerjaan yang disediakan oleh pegawai kementerian. Ini kerana langkah itu telah lapuk dan tidak akan mampu memenuhi keperluan realiti hari ini,” katanya.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia, bukan format kementerian - Pengerusi Eksekutif QI Group
Tambah Vijay, graduan perlu disiapkan dengan visi untuk bekerja dalam sektor swasta memandang sektor awam tidak lagi mampu menyediakan peluang kerjaya yang mencukupi.
Bahkan, katanya, saiz perkhidmatan awam juga menunjukkan pengecilan secara berperingkat.
“Kita perlu menyiapkan anak-anak kita ke luar negara untuk bekerja. Kita tidak boleh sekat mereka. Sekarang bakat terbaik di Malaysia sememangnya sedang meninggalkan negara.
“Objektifnya ialah untuk membenarkan mereka keluar negara dan mendepani cabaran dunia, sebelum mereka kembali ke dalam negara. Itu yang saya sendiri lakukan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa, ketika ditemui di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.
Agenda AWANI: WEF2025 | Dunia kerja masa depan
#pendidikan #perkhidmatan awam #WEF #graduan #kebolehpasaran
;