KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula tiga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tindakan penting lain untuk peralihan yang lebih cepat kepada Fasa Dua Kawalan Pergerakan.
Persekutuan turut menggesa pembukaan lebih banyak sektor untuk mengurangkan kerosakan kepada perniagaan dan ekonomi serta tindakan khusus untuk kawasan yang telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ia mencadangkan kerajaan melaksanakan ujian saringan secara besar-besaran terhadap semua orang termasuk pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin semasa PKPD selama dua minggu yang akan berakhir pada 16 Julai.
FMM turut menggesa janji temu vaksinasi disahkan untuk semua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) supaya industri yang terjejas dapat memulakan semula operasi selepas tempoh PKPD.
"Bagi mengurangkan impak terhadap industri dan ekonomi, negeri/kawasan yang mencatatkan kes rendah dan terkawal perlu dibenarkan untuk beroperasi tanpa sebarang perbezaan antara sektor perlu dan bukan perlu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Persekutuan turut menggesa strategi yang komprehensif untuk vaksinasi pekerja asing tanpa izin berikutan mereka akan menjejaskan pencapaian imuniti kelompok jika tidak divaksinasi.
"Sementara menunggu imunisasi selesai, teruskan dengan ujian saringan secara besar-besaran untuk orang awam termasuk pekerja asing, terutamanya yang tanpa izin, berikutan ujian saringan secara besar-besaran terbukti menjadi pendekatan yang amat berkesan untuk mengesan kes positif dan melaksanakan protokol pengesanan, pengasingan dan rawatan yang diperlukan," katanya.
FMM berkata strategi dan pelan tindakan yang komprehensif diperlukan untuk mengatasi kemungkinan peralihan pandemik COVID-19 kepada endemik dan cara penduduk untuk menghadapinya.
Selain itu, katanya syarikat dengan kelulusan daripada Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah mod siap siaga perlu dibenarkan untuk terus beroperasi pada kapasiti 10 peratus di bawah PKPD berikutan kosnya amat mahal untuk mematikan dan menghidupkan mesin dan peralatan.
Kerajaan juga perlu meningkatkan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) daripada menunggu penggunaan katil ICU berkurangan kepada paras sederhana.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021

FMM turut menggesa pembukaan lebih banyak sektor untuk mengurangkan kerosakan kepada perniagaan dan ekonomi. - Gambar fail
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia
Meskipun kesihatan menjadi tumpuan paling utama namun sektor lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat tidak langsung diketepikan bagi memulihkan negara.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.

Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.

PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.