Perolehan Sapura Resources meningkat RM28 juta
Bernama
Mac 30, 2013 16:51 MYT
Mac 30, 2013 16:51 MYT
Perolehan Sapura Resources Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2013 meningkat kepada RM28.09 juta berbanding dengan RM20.616 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Keuntungan merosot kepada RM30.8 juta berbanding RM140.1 juta yang sebahagian besarnya berikutan keuntungan dari pelupusan kepentingan 51 peratus kumpulan itu dan keuntungan berpatutan dari penilaian semula kepentingan 49 peratus yang dikekalkan di dalam perniagaan pendidikan yang dicatatkan pada tahun sebelum itu.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia Jumaat, kumpulan itu berkata ia kini sedang melakukan pelaburan dan lembaga pengarahnya menjangka persekitaran mencabar menuju ke hadapan.