Perodua yakin capai sasaran 188 ribu unit bagi 2012

Astro Awani
Disember 27, 2012 22:06 MYT
Perodua yakin akan mampu mencapai sasaran jualan 188 ribu unit bagi 2012 meskipun ia dilihat sukar kini.
Dengan 2012 berbaki empat hari lagi, Perodua setakat November katanya sudah menjual 170 ribu unit kenderaan.
Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh menegaskan angka jualan pada Oktober menurun atas beberapa faktor.
Ia termasuk garis panduan pinjaman yang ditetapkan bank negara sebelum ini.
Namun Aminar berkata jumlah tempahan kenderaan kekal tinggi pada kadar 18 ribu hingga 20 ribu unit sebulan.
Selain faktor garis panduan pinjaman tersebut persaingan dari jenama luar seperti Nissan Almera dan Mitsubishi Mirage turut menjadi faktor.
Aminar bagaimanpun yakin jualan Perodua akan kekal tinggi hasil kepercayaan pengguna terhadap kualiti modelnya.
Apa yang menajdi keutamaan perodua kini katanya adalah untuk meningkatkan kualiti kenderaan keluaran Perodua.
#Datuk Aminar Rashid Salleh #Mitsubishi Mirage #Nissan Almera #Perodua
;