Perodua tawar bantuan kepada mangsa banjir kilat Kuala Lumpur
Astro Awani
Mei 16, 2016 18:55 MYT
Mei 16, 2016 18:55 MYT
Perodua menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan jenamanya yang terjejas dalam insiden banjir kilat di beberapa kawasan di Lembah Kelang minggu lalu.
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata ia akan memberikan bantuan daripada segi perkhidmatan tunda, diskaun bagi beberapa alat ganti dan pemeriksaan percuma.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata pelanggan boleh menuntut kembali perkhidmatan tunda sehingga RM100.
Di samping itu, Perodua turut menawarkan diskaun 20 peratus ke atas bahagian alat ganti terpilih untuk kenderaan yang rosak akibat banjir.
Bahagian terpilih termasuk semua barangan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan gasket baik pulih enjin.
Pelanggan yang terjejas boleh menhubungi talian bebas tol Perodua di 1-800-88-6600 untuk mendapatkan bantuan.