Perodua lancar sedan pertama, Bezza

Luqman Hariz
Julai 21, 2016 17:31 MYT
Datuk Aminar Rashid Salleh (tengah) dalam sidang media pelancaran model sedan jimat tenaga pertama keluaran Perodua. - Foto Astro AWANI/LUQMAN HARIZ
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan kenderaan sedan pertamanya, Perodua Bezza.
Bezza juga merupakan sedan jimat tenaga pertama keluaran Perodua.
Ia dikeluarkan dalam 5 varian; 1.0L transmisi manual dan automatik, 1.3L Premium X transmisi manual dan automatik serta 1.3L Advance Version transmisi automatik.
"Kira-kira RM300 juta dibelanjakan untuk membangunkan Bezza, ia mempunyai 95 peratus kandungan tempatan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.
Tambah beliau, bahagian atas kenderaan tersebut direka bentuk penuh oleh pasukan Malaysia dengan bantuan rakan niaga Perodua, Daihatsu.
Beliau menambah, 4,028 pesanan telah diterima untuk kenderaan tersebut sejak pesanan dibuka 16 Julai lalu.
"Sebanyak 7,000 unit sudah berada di dalam stok dan kami akan memulakan penghantaran esok," kata Datuk Aminar yang menambah nama 'Bezza' dipilih dari perkataan 'beza'.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Bezza #bisnes #model baharu #pelancaran #pemotoran #perodua bezza
;