Perodua buka tempahan untuk Myvi baharu
Bernama
Januari 7, 2015 11:42 MYT
Januari 7, 2015 11:42 MYT
Perodua membuka tempahan untuk model Myvi baharunya, yang akan dilancarkan pada 15 Jan.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kereta berkenaan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi.
Ia berkata ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.
"Penambahbaikan ini dibuat selepas kajian mendalam," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.
Myvi kini merupakan model Perodua yang paling berjaya dan menjadi kereta terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.
Myvi baharu ini berharga antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna, Electric Blue dan Cosmic Gold.
Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.