KUALA LUMPUR: Industri Komunikasi dan Multimedia (C&M) menyumbang 7.9 peratus atau RM142.96 bilion daripada jumlah keseluruhan permodalan pasaran Bursa Malaysia iaitu sebanyak RM1,817.29 bilion pada 2020.
Ini berdasarkan Laporan Prestasi Industri (IPR) yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang turut menggariskan prospek industri C&M tersebut untuk tahun ini.
Namun, permodalan pasaran industri C&M susut sebanyak 0.7 peratus pada 2020 berbanding tahun sebelumnya akibat pandemik COVID-19.
"Tahun 2020 merupakan tempoh yang mencabar bagi industri C&M, berikutan pandemik COVID-19 yang mengakibatkan persekitaran pasaran terkesan oleh disruption (gangguan) terhadap permintaan serta kemunculan beberapa trend baharu.
"Di sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi, industri C&M bagaimanapun kekal mampan, berikutan meningkatnya permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, hasil peningkatan transaksi dan pembelian dalam talian, hiburan, serta aktiviti belajar dan bekerja di rumah (WFH).
"Seperti dijangka, penggunaan teknologi dan kesalinghubungan meningkat dengan mendadak oleh individu dan isi rumah, serta menyumbang kepada sentimen pasaran positif terhadap sektor komunikasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan.
Pada tahun 2020, permodalan pasaran sektor telekomunikasi meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada RM134.42 billion.
Sementara itu, sektor pos dan kurier turut mencatatkan pertumbuhan yang ketara disebabkan oleh pertambahan jumlah bungkusan yang dihantar menerusi platform e-dagang.
Ini menambah keyakinan pelabur terhadap sektor ini, dengan peningkatan permodalan pasaran sebanyak 19.9 peratus kepada RM3.25 bilion pada tahun 2020.
Sektor penyiaran terus berhadapan dengan tekanan pada tahun 2020 akibat sikap lebih berhati-hati pengiklan sepanjang tempoh pandemik.
Turut menyumbang, pembatalan beberapa acara sukan berstatus besar seperti Sukan Olimpik Tokyo dan Liga Europa UEFA, dengan saingan pemain Over the Top (OTT) yang turut meninggalkan kesan.
Faktor-faktor ini menyumbang kepada kemerosotan permodalan pasaran sebanyak 27.4 peratus kepada RM5.29 bilion pada tahun 2020.
Manakala, langganan segmen TV berbayar (Pay TV) meningkat sebanyak 3.1 peratus, daripada 7.12 juta langganan pada 2019 kepada 7.34 juta pada 2020, hasil peningkatan langganan khidmat Internet Protocol Television (IPTV).
Sehubungan itu, industri C&M kekal mampan pada tahun 2020 dalam berhadapan cabaran pandemik COVID-19 yang mewujudkan norma baharu dalam kehidupan masyarakat.
Astro Awani
Thu Jul 22 2021
Industri C&M kekal mampan pada tahun 2020 dalam berhadapan cabaran pandemik COVID-19 yang mewujudkan norma baharu dalam kehidupan masyarakat.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.