Permintaan minyak sawit dijangka meningkat bulan depan di Pakistan
Bernama
Januari 7, 2021 07:29 MYT
Januari 7, 2021 07:29 MYT
KUALA LUMPUR: Permintaan minyak sawit Malaysia di Pakistan dijangka meningkat bulan depan menjelang Ramadan yang akan datang, kata seorang pakar industri.
Ketua Pegawai Eksekutif Westbury Group of Companies, Abdul Rasheed Janmohammed berkata bulan Februari akan menjadi bulan utama perbelanjaan sebagai persediaan untuk bulan Ramadhan pada bulan April.
"Bulan yang lebih pendek akan menjadi bulan fokus permintaan minyak sawit Malaysia," katanya pada Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit (POTS 2021) yang diadakan secara maya anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Abdul Rasheed berkata unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) untuk suku pertama tahun ini akan berada antara RM3,100 dan RM3,300 satu tan metrik untuk menarik permintaan.
Berdasarkan kepada kenaikan harga MSM yang mencecah hampir RM4,000 satu tan metrik ketika ini, beliau berpendapat bahwa ia akan bergantung kepada negara -negara yang sensitif terhadap harga seperti Pakistan untuk membeli komoditi tersebut.
Justeru, beliau meminta kerajaan Pakistan untuk mengkaji struktur dutinya ketika ini yang tidak mampu ditanggung oleh rakyatnya untuk mengimport dan memenuhi permintaan MSM.
"Mereka melakukankan yang terbaik dengan mengurangkan duti MSM sebanyak 10 peratus beberapa bulan yang lepas.
"Namun, pasaran perlu pembetulan semula untuk memacu permintaan dan sama-masa berharap 2021 akan menjadi tahun yang baik untuk semua orang. Stok minyak sawit Malaysia pada November lalu adalah 1.56 juta tan," katanya.
Harga MSM adalah pada RM3,720 satu tan metrik pada Disember lalu dan paras terendahnya adalah pada RM1,947 satu tan pada bulan Mei.
Abdul Rasheed berkata Pakistan mengalami perubahan hampir 47.66 peratus pada BMD sepanjang tahun lalu yang sememangnya memberi kesan yang besar.
"Tiada siapa yang dapat meramalkan perubahan besar di pasaran. Sekiranya anda mempunyai harga berubah sebanyak 47 peratus ini, saya rasa tidak ada yang dapat merancang untuk jangka pendek atau jangka panjang. Ini adalah tahun yang sukar bagi syarikat penapis minyak sawit, pembeli dan peniaga minyak sawit.
"Saya masih ingat lagi pada separuh pertama tahun lalu ketika harga MSM adalah pada RM3,000. Pada bulan Mac, ketika penularan COVID-19... kami melihat pasaran kembali sama seperti tahun 1947 dalam jangka masa yang singkat," katanya.
Westbury Group of Companies terlibat dalam pemprosesan minyak boleh dimakan dan mempunyai kilang pemprosesan terbesar di Pakistan.
-- BERNAMA
#minyak sawit
#harga minyak
#Malaysia
#Ramadan
#Pakistan
#Februari
#COVID-19
#peniaga
#Bursa Malaysia
#Abdul Rasheed Janmohammed
#Westbury Group of Companies
#minyak sawit mentah
#MSM
#duti
#pasaran