PERMAI: Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan

Hasimi Muhamad
Januari 18, 2021 19:13 MYT
Kerajaan mengumumkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 31 Jun depan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun depan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lanjutan pengecualian cukai itu adalah bagi merancakkan semula jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
"Kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap sehingga 31 Disember 2020.
"Kerajaan telah mengumumkan pelanjutan pengecualian ini sehingga 30 Jun 2021," katanya dalam pengumuman Pakej Bantuan Khas, Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), pada Isnin.
Sebelum ini, inisiatif sama yang pernah diumumkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan dijadualkan berakhir 31 Disember lalu.
BACA: PKP 2.0: Kerajaan umum pakej PERMAI bernilai RM15 bilion
Kerajaan hari ini mengumumkan pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion dalam usaha meringankan beban rakyat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
#Pakej PERMAI #Muhyiddin Yassin #COVID-19 #Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia #Pengecualian cukai jualan #Pelan Jana Semula Ekonomi Negara #PENJANA #PKP 2 0 #Berita Terkini
;