Perkongsian antara Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas) dan Bajaj Auto Limited (BAL) dari India adalah satu langkah yang strategik dan tepat pada masa dalam mengembangkan bahagian pasaran motosikal kecil pengeluar motosikal Malaysia itu dan juga bagi menembusi pasaran serantau.
Perkongsian Modenas dengan BAL, pengeluar kenderaan dua roda dan tiga roda keempat terbesar dunia dan sebuah syarikat terkemuka antarabangsa, akan mengukuhkan lagi jenama Modenas dan membantu ia menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran motosikal yang semakin berkembang pesat.
Modenas yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat DRB Hicom dilaporkan bekerjasama dengan BAL dalam satu langkah yang dianggap para penganalisis akan dapat mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pengeluar motosikal.
Satu manfaat besar daripada perkongsian itu adalah membolehkan syarikat tersebut mengeksploitasikan sepenuhnya pasaran tempatan yang sedang berkembang dan juga permintaan tinggi pasaran ASEAN terhadap kenderaan dua roda yang akan menambah sumber pendapatan bagi bahagian automotif kumpulan DRB.
Permintaan terhadap motosikal di Malaysia terus meningkat disebabkan harganya yang mampu dimiliki dan begitu juga di ASEAN, justeru perkongsian itu dianggap sebagai langkah yang tepat pada masa.
Perkembangan ekonomi berserta dengan pertumbuhan penduduk memastikan jualan yang baik bagi motosikal Modenas-Bajaj di negara-negara Asia Tenggara.
BAL adalah rakan kongsi ideal bagi Modenas kerana motosikal telah terbukti sebagai kenderaan yang tahan lasak, boleh dipercayai dengan harga yang mampu milik, malahan ia sering diberi jolokan sebagai ''Land Rover beroda dua.''
BAL merupakan pengeluar motosikal keenam terbesar dunia dan kedua terbesar di India. Ia menjual motosikal, skuter dan beca.
Jenama Bajaj terkenal di beberapa negara di Amerika Latin, Afrika, Asia Barat dan Asia Tenggara.
BAL adalah sebahagian daripada Bajaj Group, yang merupakan antara 10 kumpulan perniagaan utama di India.
Ia terlibat dalam pelbagai industri, merangkumi automobil (pengeluar kenderaan dua roda dan tiga roda), perkakas rumah, peralatan lampu, besi dan keluli, insurans, pelancongan dan kewangan.
Selain itu terdapat juga kesan limpahan daripada perkongsian tersebut. Peningkatan pengeluaran di kilang Modenas akan meningkatkan prospek pekerjaan kerana lebih ramai juruteknik dijangka diambil bekerja bagi memenuhi kapasiti pembuatan yang tinggi.
Ini sudah pastinya akan memberi manfaat kepada juruteknik tempatan yang baru menamatkan pengajian di kolej dan sekolah teknikal, yang bermakna peningkatan peluang pekerjaan bagi juruteknik untuk perkhidmatan motor memandangkan bilangan pengeluaran yang bertambah.
Selain itu, akan terdapat limpahan pertumbuhan bagi pembekal alat-alat ganti dalam rantaian bekalan vendor Modenas.
Justeru itu, perkongsian global seperti yang ditunjukkan menerusi kerjasama antara Modenas dan BAL adalah satu langkah yang sesuai.
Satu catatan blog auto di India - Indianautoblog.com pada 9 Mei melaporkan bahawa Bajaj Pulsar 200NS dan Bajaj Pulsar RS200 akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Mei dalam usaha pengeluar kenderaan dua roda dan tiga roda India itu mengembangkan pasarannya di rantau ASEAN.
Blog auto India itu menyatakan motosikal pertama yang dijangka memasuki pasaran Malaysia ialah 200NS.
Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom pada April berkata "Kerjasama itu adalah sejajar dengan aspirasi kami untuk mengukuhkan Modenas secara keseluruhan dengan menawarkan pelbagai jenis motosikal kepada pelanggan."
"Pasaran tempatan menerima dengan baik usaha sama Modenas dengan Kymco dalam segmen skuter, dan syarikat itu bersedia untuk memulakan pasaran lebih agresif, iaitu segmen basikal jalan.
"Dengan Bajaj sebagai rakan kongsi kami, kami kini mempunyai segmen baharu yang kami boleh tawarkan kepada pelanggan," beliau dipetik sebagai berkata sebelum ini.
Beliau berkata: "Tidak diragui BAL memiliki pengalaman dan pengetahuan teknologi bagi segmen ini. Model Bajaj yang kami rancang perkenalkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi telah terbukti cemerlang di peringkat antarabangsa dan kami percaya ia juga akan mendapat sambutan di Malaysia."
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2017

Perkongsian Modenas dengan BAL akan mengukuhkan lagi jenama Modenas dan membantu ia menguasai bahagian yang lebih besar dalam pasaran.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.