Perkhidmatan Nik Amlizan sebagai CEO LTAT berakhir 30 Sept lalu

Astro Awani
Oktober 2, 2020 09:06 MYT
Nik Amlizan memulakan tugasan beliau sebagai CEO LTAT pada Oktober 2018. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan Nik Amlizan Mohamed telah tamat kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTAT.
Hari terakhir perkhidmatan beliau adalah pada 30 September 2020 lalu.
Menurut Pengerusi LTAT, Jen Datuk Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Zainuddin, Amlizan telah berkhidmat dengan penuh setia dan bagi pihak lembaga pengarah.
Beliau turut mendoakan Nik Amlizan yang terbaik dalam urusannya.
Nik Amlizan mula berkhidmat sebagai CEO LTAT pada bulan Oktober 2018.
Pengganti Nik Amlizan akan diumumkan oleh LTAT dalam masa terdekat.
Buat sementara waktu, Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Mohd Haniz Mohd Nazlan akan menjawat tugasan CEO LTAT.
#CEO #tentera #pelaburan #LTAT #nik amlizan #haniz nazlan #CEO LTAT