'Perjelas rancangan penuh GST & penyelarasan subsidi'

Astro Awani
November 20, 2013 08:32 MYT
Rangka kerja pelaksanaan lengkap GST perlu diperjelaskan supaya pihak yang terbabit mampu membuat persediaan awal.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan, penjelasan terperinci termasuk sama ada GST akan ditingkatkan mengikut kadar tahunan seperti yang dilakukan di negara pelaksana GST lain.
Tambahnya jika keputusan melaksanakan GST dan penyelarasan subsidi secara perlahan dilihat langkah sesuai mengelakkan kejutan pasaran.
Tambahnya, penjelasan secara terperinci rangka kerja penuh dalam usaha penstrukturan fiscal memberi bayangan jelas bukan sahaja kepada peserta industry malah seluruh rakyat Malaysia.
Ini akan memudahkan lagi pemahaman setiap langkah yang dilakukan kerajaan.
#Dr Nazri Khan #GST