Pergerakan ringgit dalam hala tuju tepat, cerminkan asas ekonomi - Gabenor BNM
Bernama
Ogos 16, 2024 15:50 MYT
Ogos 16, 2024 15:50 MYT
KUALA LUMPUR: Pergerakan ringgit kini dalam hala tuju yang tepat mencerminkan asas ekonomi dan prospek kukuh negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata spread dalam prestasi ringgit baru-baru ini menunjukkan kenaikan semula daripada paras-paras sebelumnya.
"Dari segi sama ada kita mempunyai paras yang selesa bagi ringgit, kita tidak menyasarkan paras khusus yang tertentu untuk ringgit memandangkan ia dipacu pasaran," katanya pada sidang media mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 di sini, pada Jumaat.
-- BERNAMA