Perbincangan Grab beli foodpanda dilapor tidak diteruskan
Amanz
Februari 3, 2024 11:51 MYT
Februari 3, 2024 11:51 MYT
PERBINCANGAN untuk Grab membeli operasi perniagaan foodpanda di rantau Asia Tenggara kini dilaporkan tidak diteruskan.
Menurut Business Times, kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan harga akhir, sekaligus membuatkan perbincangan berkenaan tidak diteruskan.
Dilaporkan harga jualan foodpanda yang terlalu tinggi, sekali gus membuatkan perbincangan kedua-dua pihak tidak diteruskan.
Namun, syarikat induk foodpanda, Delivery Hero menyatakan perbincangan untuk menjual perniagaan FoodPanda masih dalam proses, tanpa memberitahu siapakah antara pihak yang berpotensi membelinya.
Sebelum ini, mengikut kajian bebas yang dijalankan, didapati Grab mempunyai pegangan pasaran sekitar 65% di Malaysia, jauh mendahului foodpanda yang mempunyai pegangan sekitar 30%. -Amanz