Perangkaan: Prestasi perniagaan dijangka perlahan suku keempat 2015
Bernama
Disember 1, 2015 10:58 MYT
Disember 1, 2015 10:58 MYT
Sektor industri dan perkhidmatan tempatan dijangka mencatatkan peningkatan pada suku keempat 2015.
Dalam masa yang sama, sektor perdagangan borongan dan runcit serta sektor pembinaan dijangka menurun bagi tempoh yang sama.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata ini dapat dilihat menerusi penanda aras keyakinan sektor industri dan perkhidmatan yang masing-masing berada pada paras 1.4% dan 1.2%.
Manakala sektor perdagangan borongan dan runcit mencatatkan penanda aras -13.2% serta sektor pembinaan -2.9%.
Penanda aras keyakinan merupakan petunjuk keadaan jangka pendek perniagaan tempatan merentasi pelbagai sektor.
Sementara itu jabatan itu berkata 29.5% dari perniagaan tempatan dijangka akan mencatatkan peningkatan pada pendapatan kasar mereka.
Manakala 25% dijangka akan mengalami penurunan pendapatan serta 45.5% akan melihat pendapatan kasar mereka tidak berubah.
Sementara bagi baki bersih pekerja, ianya dijangka akan kekal positif untuk suku keempat 2015 walaupun menurun kepada 4.0% dari 10.3% suku lalu.
Jabatan Perangkaan Malaysia menjangka prestasi perniagaan tempatan akan melembap secara keseluruhan bagi suku keempat 2015.
Menurutnya, penanda aras keyakinan keseluruhan suku keempat 2015 turun ke paras -0.8% dari 2.2% pada suku ketiga tahun ini.
#borongan
#industri
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#pembinaan
#perdagangan
#perkhidmatan
#perniagaan
#runcit