Perang dagang AS-China tidak sekat APEC capai matlamat holistik
Harits Asyraf Hasnan, Hafidah Samat
Disember 11, 2019 18:40 MYT
Disember 11, 2019 18:40 MYT
Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China akan menjadi antara perbincangan utama secara holistik di bawah tunjang utama, Kemakmuran Bersama dalam kalangan 21 anggota ekonomi APEC dari rantau Asia Pasifik.
Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob menegaskan perang perdagangan AS-China berpunca dari ketidaksamaan dalam perkongsian kekayaan pada tahap akar umbi di anggota ekonomi serantau.
“Rakyat tidak gembira dan atas faktor ini tema ‘Shared Prosperity’ dipilih sebagai menjadi tunjang utama dalam perbincangan anggota-anggota ekonomi APEC.
Menurut Hairil Yahri, anggota ekonomi APEC perlu memastikan kekayaan dari perusahaan besar dapat dikongsi bersama oleh masyarakat.
“Kemakmuran dan kekayaan itu hanya dapat dinikmati golongan 5 peratus dari populasi dan bukan segenap lapisan masyarakt. Saya turut percaya kepimpinan negara masih mengekalkan keprihatinanan terhadap golongan B40 khususnya untuk meningkat kualiti hidup mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berlangsungnya mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan anggota ekonomi APEC di sini, hari ini.
Katanya lagi, Malaysia akan berusaha menangani segala cabaran, termasuk risiko penurunan ekonomi daripada luar dan ketegangan dasar perdagangan yang masih berlarutan dalam usaha memastikan kejayaan APEC 2020.
APEC 2020 akan turut membentuk jajaran dengan matlamat mewujudkan ekonomi yang mampu mencapai pertumbuhan seimbang dan mampan, selain pengagihan kekayaan yang adil dan sama rata dalam semua kumpulan, gender, wilayah geografi, alam sekitar dan rantaian bekalan.
Dalam erti kata lain, konsep kemakmuran bersama akan menambah baik masyarakat dapat menikmati kualiti hidup yang baik pada masa hadapan," tambah Hairil Yahri.
Malaysia akan menangani segala cabaran, termasuk risiko penurunan ekonomi daripada luar dan ketegangan dasar perdagangan yang masih berlarutan dalam usaha memastikan kejayaan APEC 2020.
“Ini antara elemen yang akan diketengahkan dalam menyahut Wawasan 2020 dan menjadi pelan hala tuju pasca-2020,” tambahnya.
Menurut Rebecca, kebersamaan itu perlu dirai dan didokong dalam anggota-anggota ekonomi dan mengenepikan perbezaan terutama ketegangan perdagangan dan pelaburan.
“Anggota ekonomi APEC perlu tertumpu kepada Pertumbuhan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar).
“Benar, memang cukup sensasi untuk berbicara tentang ketegangan perdagangan di sana dan di sini, namun apa yang lebih penting adalah APEC berjaya mendapat persetujuan dan kenyataan bersama pada persidangan di Papua New Guinea pada tahun 2018.
“Ini bermaksud jika ada kemahuan politik, sudah pasti anggota ekonomi APEC dapat bermuafakat dan mencapai kata sepakat,” kata Rebecca.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis pelancaran APEC 2020 mengumumkan tema Persidangan APEC 2020 iaitu ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’ bagi mencerminkan falsafah itu.
APEC 2020 menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah penganjuran APEC buat kali kedua selepas tahun 1998.
#Amerika Syarikat
#APEC 2020
#bilateral
#Chile
#China
#ekonomi
#Jepun
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#MITI
#MyAPEC2020
#perdagangan
#Rusia
#Vietnam
#Wawasan 2020