IPOH: Perak sedang mempertimbangkan keperluan membentangkan belanjawan tambahan bagi tahun 2022.
Ia ekoran kejayaan kerajaan negeri mengutip hasil dengan surplus (lebihan) RM23.04 juta, tahun lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata surplus dicatatkan daripada RM998.46 juta hasil kutipan kerajaan negeri sepanjang tahun lalu, yang melebihi pencapaian kutipan hasil keseluruhan bagi tahun 2020 iaitu RM983.53 juta.
Katanya, perkara berkenaan sudah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, dan dalam proses mengkaji serta meneliti sama ada terdapat keperluan berbuat demikian.
"Perkara ini sudah saya sebutkan ketika penggulungan perbahasan dalam sidang DUN lalu bahawa jika ada rezeki lebih di samping keperluan membuat belanjawan tambahan maka akan kita buat.
"Jika ada keperluan, InsyaAllah kita boleh adakan (pembentangan belanjawan tambahan) dalam sidang DUN yang terdekat," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2022 bersama penjawat awam Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Khamis.
Terdahulu dalam ucapannya Saarani berkata, penurunan dicatatkan bagi kutipan hasil enam bulan pertama tahun 2021 memaksa semakan semula dibuat terhadap perbelanjaan tahun lalu bagi mengelakkan defisit lebih besar
"Prestasi kutipan hasil yang terus menurun membataskan keupayaan kerajaan negeri menyalurkan dana lebih besar bagi Belanjawan 2022 dengan menyaksikan rata-rata sektor atau jabatan mengalami pengurangan peruntukan.
"Bagaimanapun, trend peningkatan dilihat bermula pada bulan Oktober 2021 yang mana perkembangan positif berlaku selepas Perak mula beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.
Aida Aziz
Thu Jan 20 2022
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baru bersama Penjawat Awam Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. -- Foto BERNAMA
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
17,000 penerima kad makanan dan kesihatan di Perak tahun depan
Perak akan memperkenalkan kad makanan dan kesihatan kepada 17,000 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM22 juta bermula Januari depan.
Bantuan khas minima RM2,000 untuk penjawat awam Perak
Kata Menteri Besar, pembayaran itu sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta dedikasi hampir 9,000 penjawat awam di negeri ini.
Belanjawan 2019 Perak berjumlah RM1.061 bilion
Belanjawan yang bertemakan 'Bersama Memacu Harapan' itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.