Penyusutan ekonomi tanda awal kemelesetan ekonomi global

Pritha Manivannan
Oktober 14, 2015 23:20 MYT
Menurut Antony Xavier penyusutan ekonomi ini adalah tanda awal kepada kemelesetan ekonomi global.
Felo Utama Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr John Antony Xavier berkata ekonomi global mengalami penyusutan.
Menurut Antony Xavier penyusutan ekonomi ini adalah tanda awal kepada kemelesetan ekonomi global.
"Ekonomi dunia sebelum ini dijangka tumbuh pada 3%-3.5% (oleh IMF). Angka pertumbuhan ini kini dikurangkan ke 2%. Ekonomi dunia merosot.
"Hanya India mempunyai prestasi ekonomi yang tinggi dengan pertumbuhan 7.4%. China menghadapi kemerosotan ekonomi.
"Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan China untuk meningkatkan semula ekonomi-ekonomi serantau yang sentiasa mengharapkan China menjadi destinasi pelaburan yang selamat. Ekonomi global menghadapi penyusutan tetapi bukan kemelesetan" kata Antony Xavier.
Selain itu, Dr Xavier juga berkata Malaysia tidak akan menyemak turun nilai Ringgit.
Ini susulan ekonomi Malaysia yang terbuka dan kos tindakan tersebut kepada ekonomi dan Rizab Simpanan Asing Bank Negara.
Beliau juga berkata pengurangan nilai Ringgit akan menyentuh keyakinan pelabur.
#Dollar Singapura #ekonomi global #John Antony Xavier #penyusutan #SGD
;