Penyenaraian awam Supreme Consolidated di LEAP Bursa
Azyyati Ahmad
Januari 16, 2019 16:14 MYT
Januari 16, 2019 16:14 MYT
Supreme Consolidated Resources Berhad merekodkan premium 10 sen pada penyenaraian awam di pasaran LEAP Bursa Malaysia untuk berada pada nilai 60 sen sesaham.
Pada sesi pembukaan 9 pagi kaunter itu menyaksikan 40,000 saham bertukar tangan.
Supreme Consolidated adalah sebuah syarikat berasaskan Barangan Pengguna Laris (FMCG) yang terlibat dalam import, perdagangan dan pengedaran produk sejuk beku, tenusu dan makanan kering di Malaysia Timur.
Sejumlah 13.14 juta saham ditawarkan syarikat itu.
Sementara itu FTSE Bursa Malaysia FBM KLCI turun 4.33 mata atau 0.26% kepada 1,675.09.
Jumlah dagangan direkodkan sebanyak 79.77 juta saham bernilai RM35.35 juta.
Terrdapat 129 kaunter untung, 68 rugi dan 144 kaunter tidak berubah.
#Barangan Pengguna Laris
#Bursa Malaysia
#fmcg
#Malaysia Timur
#Supreme Consolidated Resources Berhad