Penumpang udara naik naik 7.1 peratus pada Januari
Bernama
Mac 8, 2016 22:23 MYT
Mac 8, 2016 22:23 MYT
Penumpang udara global bagi Januari tahun ini meningkat dengan perolehan penumpang-kilometer (RPK), naik 7.1 peratus berbanding Januari 2015.
Dalam satu kenyataan, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti meningkat 5.6 peratus manakala faktor muatan menambah 1.1 mata peratusan kepada 78.8 peratus.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Tony Tyler berkata faktor muatan yang kukuh itu disebabkan oleh permintaan yang teguh bagi produk serta syarikat penerbangan menggunakan asetnya secara paling produktif.
"Syarat-syarat asas menunjukkan satu lagi tahun yang kukuh untuk pergerakan penumpang, dengan penurunan terkini harga minyak mungkin memberikan rangsangan tambahan kepada pertumbuhan perjalanan udara," katanya.
Pasaran penumpang antarabangsa bagi bulan dalam kajian menyaksikan pergerakan meningkat 7.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas manakala kapasiti naik 5.9 peratus dan faktor muatan menokok 1.0 mata peratusan kepada 78.8 peratus.
Menurut persatuan itu, semua rantau mencatatkan kenaikan dalam permintaan bagi perbandingan tahunan.
Syarikat penerbangan Asia Pasifik mencatatkan peningkatan sebanyak 10.3 peratus, pergerakan antarabangsa syarikat penerbangan Eropah menambah 4.2 peratus manakala syarikat penerbangan Amerika Utara menyaksikan permintaan naik 2.4 peratus.
Syarikat penerbangan Timur Tengah meningkat 10.9 peratus pada asas perbandingan tahunan pada Januari, pergerakan trafik syarikat penerbangan Amerika Latin meningkat 8.9 peratus dan pergerakan trafik antarabangsa syarikat penerbangan Afrika melonjak 12.1 peratus.
Perjalanan penerbangan udara domestik secara keseluruhan naik 6.8 peratus manakala kapasiti meningkat 5.1 peratus dan faktor muatan menokok 1.3 mata peratusan kepada 78.9 peratus.
#Asia Pasifik
#IATA
#Penumpang udara global bagi Januari tahun ini meningkat dengan perolehan penumpang-kilometer naik 7.1 peratus berbanding Januari 2015
#Timur Tengah