Penjualan runcit Hong Kong meningkat 12%
Associated Press
Februari 18, 2013 14:28 MYT
Februari 18, 2013 14:28 MYT
Penjualan runcit Hong Kong meningkat 12 peratus semasa musim percutian 2013 dengan kemasukkan 930 ribu pelancong tempatan.
Menurut Jabatan Imigresen Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), 65 peratus daripada pelancong itu datang dari bandar bukan peringkat pertama dan ini merupakan peningkatan kepada 12 peratus.
Pelancong pedalaman membelanjakan antara 20 juta yuan di Hong Kong untuk barang kosmetik, perhiasan, dan produk elektronik yang berpatutan.
Menurut pengerusi Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA), Caroline Mak ini disebabkan peruncit menawarkan produk dengan harga berdaya saing.
Tambah beliau, baru baru ini banyak produk berjenama asing terutama dari Amerika berpusu pusu memasuki pasaran China.
Bagi menarik pelanggan, pusat membeli belah menyediakan lebih banyak produk dengan susun atur kedai yang menarik.
Pengurus pemasaran Time Square Hong Kong berkata, dengan hiasan menarik, mereka akan melihat pertumbuhan jualan dua digit tahun ke tahun semasa musim cuti ini.
#Harga runcing Hong Kong
#Jabatan Imigresen Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR)
#Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA)