Peningkatan jumlah eksport tunjuk tanda positif

Astro Awani
Januari 10, 2013 12:16 MYT
Peningkatan jumlah eksport Malaysia pada bulan November sebanyak 3.3 peratus berbanding prestasi lembap bulan sebelumnya, adalah isyarat menandakan situasi teruk mungkin akan berakhir.
Menurut Ketua Ekonomi Ram Holdings Bhd Group, Dr Yeah Kim Leng angka eksport itu mengejutkan ramai pakar ekonomi dan tmemberikan rangsangan yang diperlukan oleh malaysia untuk ia pulih.
Pada Oktober 2012, eksport Malaysia daripada kejatuhan 3.2 peratus pada bulan Oktober.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada hari Rabu menyatakan yang jumlah perdagangan Malaysia pada bulan November mengukuh kepada 108.06 bilion ringgit.
Yeah berkata eksport menguasai kira-kira 60 peratus daripada keluaran dalam negara kasar malaysia, sekali gus menjadikan negara ini mudah terancam kepada kelemahan di ekonomi-ekonomi utama.
Beliau berkata meskipun permintaan daripada negara-negara kesatuan eropah terus kekal lemah, perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan China adalah kunci kepada kejayaan ini.
Beliau turut memuji dasar kerajaan pada masa ini, sambil menyatakan yang mereka terus mengekalkan keyakinan para pelabur, sekali gus menyaksikan kenaikan dalam pelaburan asing langsung.
Bagaimanapun, pakar ekonomi Alliance Research, Manokaran Mottain berkata eksport kasar malaysia melantun semula sebanyak 3.3 peratus pada bulan november 2012, mencerminkan pemulihan dalam permintaan dari China dan India.
Beliau berkata data eksport malaysia untuk bulan november lebih tinggi berbanding anggaran bersama 2.3 hingga 2.5 peratus.
Manokaran menjangkakan yang perdagangan global akan kekal lemah ekoran situasi tidak menentu dalam zon Euro dan ekonomi utama yang lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
Tetapi, beliau berkata keadaan domestik yang semakin baik di China akan membantu mengurangkan kemeruapan eksport.
Melihat kepada data itu, ia mengekalkan pendapat yang kdnk mungkin akan menyederhana kepada lima peratus dalam suku keempat 2012, daripada 5.3 peratus dalam suku ketiga 2012.
Untuk 2013, alliance research mengunjurkan pertumbuhan KDNK lima peratus, dirangsang oleh aktiviti permintaan domestik yang kukuh berikutan pelaksanaan projek-projek program transformasi ekonomi (ETP).
#Dr Yeah Kim Leng #Ketua Ekonomi Ram Holdings Bhd Group