Penggantian beg udara Takata: Honda Malaysia berikan pampasan RM50 sehari untuk pengguna
Astro Awani
Julai 28, 2016 16:14 MYT
Julai 28, 2016 16:14 MYT
Pemilik kenderaan Honda yang terbabit dengan arahan panggilan semula kereta mereka susulan isu keselamatan beg udara Takata sebelum ini akan diberikan pampasan berjumlah RM50 sehari sepanjang tempoh menunggu ketibaan alat ganti mereka.
Ia sebagai ganti rugi untuk 'kehilangan penggunaan kereta' sepanjang proses penggantian itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Honda Malaysia Sdn Bhd berkata pelanggan bagaimanapun perlu terlebih dahulu mendaftarkan diri di www.productrecall.honda.com.my untuk mendapatkan pampasan terbabit. Pemberian pampasan itu bermula hari ini sehingga 31 Ogos, 2016.
Menurut Honda lagi, sejurus alat ganti beg udara Takata terbabit tiba, pelanggan yang berdaftar akan dimaklumkan mengenainya dan dikehendaki menggantikannya dalam tempoh dua hari.
Selain itu, tiga pusat penyelenggaraan sementara Service Central Hubs turut dibuka.
Ia akan beroperasi tujuh hari seminggu dari 1 Ogos sehingga 30 September dari 8 pagi hingga 7 malam kecuali pada cuti umum, dan terletak di:
*Bahagian Utara
(bersebelahan SMJK Convent Dato’ Keramat School)
No. 401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.
*Bahagian Tengah
Soo & Sons Metal Works Sdn Bhd (berseberlahan Columbia Asia Hospital)
Lot 15, Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
*Bahagian Selatan
Oriental Assemblers Sdn Bhd
99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.
Manakala lokasi 24 Mobile Hubs pula adalah seperti berikut:
Unutu temu janji dan maklumat lanjut, pengguna juga boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.
Pada 23 Jun lalu, Honda Malaysia memanggil balik 147,894 unit model jenama itu bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang susulan isu keselamatan.