Pengerusi FGV tunggu keputusan Kementerian Kewangan

Astro Awani
Mac 12, 2016 22:02 MYT
Keputusan dijangka diperolehi minggu depan dan FGV dijangka mengadakan mesyuarat lembaga pengarah khusus membincangkan mengenai perkara itu. - Gambar fail
Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memaklumkan FELDA Global Venture Holding Berhad, FGV masih menunggu calon beberapa jawatan pengurusan tinggi syarikat itu yang akan dicadangkan oleh Kementerian Kewangan.
Katanya, Kementerian akan membuat keputusan untuk melantik Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah FGV dalam tempoh terdekat.
"Kita sedang menunggu dari Kementerian Kewangan calon jika ada pertukaran kerana mereka buat keputusan dan setelah kita dapat, baru kita boleh buat pengumuman siapa yang dapat. Mungkin pada Isnin akan dapat", katanya di program Astro Gempak Keluarga FELDA di sini.
Jelasnya, keputusan dijangka diperolehi minggu depan dan pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah khusus membincangkan mengenai perkara itu.
Menurut laporan media Datuk Zakaria Arshad dijangka menggantikan Datuk Emir Mavani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru FGV.
#Felda #FGV #Global Venture Holding Berhad #Mohd Isa Abdul Samad
;