Pengeluar pemancar cahaya LED sasar pasaran Asia
Astro Awani
Februari 12, 2013 18:48 MYT
Februari 12, 2013 18:48 MYT
Syarikat pengeluar lampu Diod pemancar cahaya L.E.D, Myled Opto Technology Sdn Bhd sasar untuk mengembangkan jualan di pasaran tempatan kepada 70 peratus berbanding 30 hingga 40 peratus sekarang.
Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Jetson Lai, syarikat yakin mampu meraih perkongsian pemasaran tempatan yang lebih besar memandangkan harga produk ditawarkan 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding pesaing utama iaitu Philips.
Jetson berkata produk keluaran syarikat turut di iktiraf Kementerian Teknologi Hijau dan Air bagi produk teknologi hijau.
Antara syarikat tempatan yang menggunakan produknya termasuk syarikat prasarana negara, Plus Exoresway Berhad dan Hong Kong Shanghai Bank Corporation HSBC.
Menurut Jetson, selain usaha mengembangkan jualan di pasaran tempatan, syarikat akan terus memberi fokus pasaran antarabangsa khususnya di Asia Selatan.
Antara strategi termasuk membuka kilang pemasangan di Sri Lanka pada Mac ini dimana
Sementara itu syarikat ini telah mengeksport produk ke Jepun, Sri Lanka dan juga India.
Jetson berkata, syarikat turut melihat potensi luas di pasaran asia seperti Indonesia dan Myanmar.