Penetapan polisi rosot nilai TH tidak konsisten, RM227.81 juta tidak direkodkan
Astro Awani
Disember 3, 2018 18:11 MYT
Disember 3, 2018 18:11 MYT
Lembaga Tabung Haji tidak merekodkan rosot nilai berjumlah RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam tiga syarikat subsidiari dan tiga syarikat bersekutu.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2 menyatakan ketiadaan rekod rosot nilai itu khususnya melibatkan pelaburan dalam syarikat bersekutu, iaitu TH Heavy Engineering Berhad berjumlah RM164.58 juta.
“Kaedah penetapan polisi rosot nilai aset kewangan Lembaga Tabung Haji adalah tidak konsisten.
“Terdapat perubahan polisi rosot nilai pada setiap tahun khususnya dalam tahun berakhir 31 Disember 2017 di mana polisi ini diubah sebanyak dua kali.
“Berdasarkan Perenggan 8, MFRS 136: Impairment of Assets, peruntukan rosot nilai perlu dibuat sekiranya nilai dibawa (carrying amount) pelaburan adalah melebihi nilai diperoleh (recoverable amount),” memetic laporan itu.
Malah, Ketua Audit Negara turut mendapati, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, penyata kewangan syarikat itu menerima Penafian Pendapat oleh Juruaudit Luar.
#Laporan Ketua Audit Negara
#Laporan Ketua Audit Negara 2017
#LKAN
#Tabung Haji
#TH
#TH Heavy Engineering Berhad