Penerbangan carter Malindo Air Taipei-Kota Kinabalu-Labuan pada Julai

Bernama
Mei 1, 2017 12:24 MYT
Pernerbangan Malindo Air itu nanti akan membawa pelancong tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu. - Gambar fail
Malindo Air dijadual memulakan penerbangan carter pertama antara Taipei - Kota Kinabalu - Labuan mulai Julai hingga September ini, kata Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
Beliau berkata penerbangan itu akan membawa pelancong tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.
"Malaysia Airport Berhad (Labuan) telah menerima berita baik ini daripada Malindo Air," katanya pada majlis penutupan Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan 2017 di Kompleks Sukan Laut Labuan di sini malam tadi.
Rozman yang juga Pengerusi Pebadanan Labuan berkata selain memanfaatkan sekotor pelancongan Labuan dan Taiwan, penerbangan carter itu mampu meningkatkan hubungan perdagangan antara komuniti peniaga tempatan dan Taiwan.
-- BERNAMA
#Kota Kinabalu #Labuan #Malindo Air #pelancongan #Taiwan
;