Pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan dan mobiliti sosial teras Belanjawan 2021

Harits Asyraf Hasnan
Julai 7, 2020 11:07 MYT
Tengku Zafrul berkata, empat tema itu termasuk pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan sosial dan mobiliti sosial. - Gambar fail
Belanjawan 2021 akan dirangka berteraskan empat fokus utama dalam usaha mewujudkan kerajaan yang lebih baik.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz empat tema itu termasuk pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan sosial dan mobiliti sosial.
"Tema ini termasuk pedulikan rakyat, memacu ekonomi, kehidupan mampan dan menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2020 hari ini,
Ujarnya, rakyat Malaysia sendiri telah menterjemah usaha melindungi dan memperkasa rakyat ketika melalui saat getir penularan wabak COVID-19 menerusi kempen #KitaJagaKita.
"Kerajaan percaya, kita boleh memperkasa semangat ini untuk mewujudkan asas yang baharu kepada ekonomi dan sistem sosial dan mewujudkan masa hadapan yang lebih baik.
"Ini memerlukan lebih banyak keterlibatan antara kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan rakyat.
"Justeru, pendidikan dan peluang pekerja, perlindungan sosial dan mobiliti sosial akan menjadi keutamaan pada Belanjawan 2021," ujarnya.
#Belanjawan 2021 #ekonomi global #impak ekonomi #kerajaan #koronavirus #pendidikan #rakyat Malaysia #Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
;