Pendapatan Astro naik 7 peratus bagi suku tahun keempat

Kenyataan Media
Mac 27, 2023 18:21 MYT
Hasil Astro naik 7% suku tahun ke suku tahun bagi suku tahun keempat tahun kewangan berakhir 2023 ke RM991 juta, didukung oleh Adex tinggi dan pangkalan jalur lebar.
KUALA LUMPUR: Suku tahun keempat untuk tahun kewangan 2023 Astro menyaksikan pendapatan naik 7% suku tahun ke suku tahun ke RM991 juta disebabkan oleh Adex tinggi dan kenaikan pangkalan jalur lebar.
PATAMI bertambah baik suku tahun ke suku tahun ke RM55 juta yang disebabkan oleh liabiliti pajakan transponder dengan kenaikan ringgit ketika tempoh berkenaan diimbangi dengan kos tinggi kandungan sukan.
Kumpulan kekal menjana wang dan proaktif terhadap pengurusan kapital. Namun dengan keadaan makro dan cabaran yang dihadapi industri, entiti perundangan AMH mengenal pasti untuk suku ini kemerosotan nilai wang sekitar RM763 juta berkenaan dengan pelaburan kos yang lepas menerusi syarikat subsidiari.
Kerugian ini adalah pelarasan akaun dan tidak memberi sebarang kesan terhadap PATAMI Kumpulan yang disatukan dan terhadap entiti atau posisi kewangan keadaan semasa mahupun masa hadapan Kumpulan.
Kumpulan merekod PATAMI tahun penuh yakni RM259 juta pada tahun kewangan 2023. Tiada dividen interim atau akhir akan dibayar untuk suku ini.
Dengan keadaan kemerosotan bukan tunai, tiada dividen interim atau akhir boleh dibayar untuk suku tahun ini.
Dividen yang diumumkan dalam menghormati tahun kewangan 2023 berjumlah 3 sen sesaham, sama dengan 60% ratio pembayaran.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata: “Pelan transformasi kami masih berterusan pada tahun ini sejajar dengan peletakan struktur dan tunjang yang akan menentukan masa hadapan Astro.
"Kami telah pun melihat faedah-faedah daripada pelaburan menerusi kandungan, produk, ketersambungan, pengiklanan dan perkhidmatan pelanggan, yang memacu syarikat secara agresif ke era penstriman, on demand.
"Sejajar dengan strategi pengagregatan OTT Astro, kami telah menambah Viu dan ZEE5 ke aplikasi-aplikasi penstriman premium kami dan akan memperkasakan kandungan-kandungan untuk pelanggan-pelanggan kami, yang kini mempunyai akses ke lebih 110,000 kandungan on demand.
Bersama dengan siaran langsung sukan antarabangsa dan tempatan, Astro Originals, rancangan premium antarabangsa dan signatures Astro kegemaran semua, Viu memperkuatkan lagi posisi kami sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan kandungan yang luas yang merangkumi drama Korea dan siri-siri original, manakala ZEE5 membawa kandungan-kandungan hebat untuk pelanggan vernakular India.
Para pelanggan boleh strim banyak lagi menerusi Ultra, Ulti Box dan Astro GO dengan rancangan On Demand yang distrim naik 25% tahun ke tahun ke 660 juta pada tahun kewangan 2023.
Pek TV kami yang mempunyai nilai tambahan yang memfokuskan penstriman yang boleh digabungkan dengan Astro Fibre kini membawa kepuasan hati di kalangan pelanggan tersedia ada dan menarik pelanggan baharu, menyumbangkan pertumbuhan ARPU dengan RM1 tahun ke tahun ke RM98.20 dan pangkalan jalur lebar naik tahun ke tahun sebanyak 34%.”
“Sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup Qatar 2022, kami berbangga dengan angka tontonan kami. Selain daripada itu, acara-acara tontonan perlawanan serta penampilan bintang-bintang ternama legenda bola sepak yang membantu meningkatkan jejak kaki dan menjana keterujaan aktiviti on-ground untuk semua lapisan pelanggan.
"Kami berbangga menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia baru-baru ini. Penerimaan terhadap siaran perlawanan kami amat memberangsangkan dan kami teruja untuk membina sukan ini bersama Liga dan kelab-kelab.
Selain daripada itu, kesedaran yang meningkat akan akibat penstriman haram menerusi peranti di premis komersial mengakibatkan kenaikan langganan pek perusahaan yang boleh digabungkan dengan BIZFibre.”
Sorotan Utama
• Siaran Langsung Sukan Terbaik, Astro Originals dan Filem Tempatan:
o Sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia, Astro kembali memperjuangkan bola sepak tempatan dengan 244 perlawanan dalam HD dan 13 program sokongan menerusi dua saluran yang didedikasi khas, Arena Bola.
Pengambilan tawaran Liga Malaysia di Astro, NJOI dan sooka amat memberansangkan sejak bermulanya musim 2023 pada bulan lalu.
o Hasil Astro Originals, Projek: High Council yang masih merupakan rancangan no. 1 On Demand dengan 155 juta penstriman telah menarik minat ramai peminat dengan kecapaian media sosial sebanyak 23 juta dan 1 bilion tontonan di Tik Tok.
Aktiviti-aktiviti on-ground menjana keterujaan yang memberangsangkan dengan penguatan pengalaman baharu Astro antara para peminat.
o Siaran langsung Signature mengujakan para peminat dengan kembalinya rancangan kesukaan ramai, Gegar Vaganza Musim 9 dengan mancatat 2.3 juta tontonan TV dan 1.7 juta penstriman rancangan.
o Mechamato The Movie merupakan filem animasi tempatan nombor 1 dengan RM36 juta kutipan, manakala Didi & Friends The Movie mencatat RM8.1 juta kutipan box office.
Lebih Penstriman Di Astro: Pemasangan Ultra dan Ulti Box naik 47% tahun ke tahun ke 827,000, manakala Astro GO mencatat pengguna bulanan aktif naik 10% tahun ke tahun ke 581,000 dengan purata masa tontonan mingguan naik 3 jam.
Kedua-dua platform direka untuk membuat penstriman lancar dan senang, membuatkan rancangan On Demand mencatat 660 juta untuk tahun kewangan 23, naik 25% tahun ke tahun.
Pertumbuhan Adex: Jumlah Adex naik 14% suku tahun ke suku tahun ke RM126 juta dengan perayaan akhir tahun dan FIFA World Cup Qatar 2022 yang memacu persembahan kuat di seluruh TV, radio dan platform digital.
Radex, TV Adex dan Digital Adex masing-masing mencatat 73%, 34% dan 2%.
Jenama Astro Radio terus menjadi no. 1 untuk kesemua bahasa, mencatat 17.7 juta pendengar radio mingguan (FM dan digital).
SYOK, aplikasi hiburan audio popular Malaysia melihat pendengar podcast bulanan naik 28% tahun ke tahun ke 1.1 juta.
sooka Menawan Golongan Millenial: Perkhidmatan penstriman kami, sooka yang mempunyai 22,000 jam kandungan mencatat 1.1 bilion minit tontonan sehingga kini dengan 82% pengguna mobil.
Penjualan Pas World Cup untuk sooka melebihi jangkaan.
Para penonton sooka boleh terus menikmati pelbagai acara sukan terbaik termasuk Liga Malaysia dengan melanggan ke pelan VIP+Sports, Pas Liga Malaysia atau Pas Single Match.
Memperjuangankan mampanan: Astro terus dibimbing oleh lima prinsip utama iaitu tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, pengurusan bakat dan pelaburan komuniti.
Antara peristiwa penting:o Astro memperbaiki jejak karbon pada tahun 2022 dengan pengurangan sebanyak 5.4% pelepasan GHG ke 22,713 tCO2e dari 24,020 tCO2e pada tahun 2021 berdasarkan beberapa inisiatif serta sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang dijana oleh sistem panel solar yang menghasilkan pengelakan karbon 887 tCO2e, bersamaan dengan menanam 26,975 pokok.
Astro kini dalam proses menghasilkan iklim roadmap sejajar dengan komitmen kami dalam mengecapi Carbon Neutrality pada 2040.
o Komited untuk menjadi suara untuk kebaikan, Astro telah menyiar lebih 8,000 jam pengumuman perkhidmatan awam menerusi TV, radio dan platform digital pada 2022 untuk menaikkan kesedaran akan perkara-perkara berkaitan dengan alam sekitar, sosial, sivik dan pentadbiran.
o Dalam memperjuangkan pendidikan untuk semua, Astro menyumbangkan RM140,000 kepada hostel-hostel Astro Kasih dan Starfish Foundation di Malaysia Timur.
Kami turut menyokong World Vision Malaysia dengan menyumbang RM30,000 yang membantu inisiatif pendidikan di kalangan penduduk setempat di Mukim Tulid dan Tatalaan, Sabah.
o Astro Kem Badminton (AKB) telah melatih 1,500 kanak-kanak berumur di antara 10-12 tahun di serata Malaysia pada 2022 untuk mempromosi kemahiran seperti kerjasama dan kepimpinan dalam sukan.
Sejak bermulanya AKB, 18,000 pemain muda telah dilatih.
Perspektif Keseluruhan
Menerusi Pengalaman Baharu Astro, Kumpulan komited dalam merealisasikan visi kami sebagai Destinasi Hiburan untuk rakyat Malaysia yang merangkumi:
• membawa pengalaman kandungan terhebat di kesemua platform;
• menjadi pengagregat no. 1 di Malaysia dengan perkhidmatan penstriman dan gaya hidup terbaik;
• memperkasakan kandungan tempatan dengan lebih lagi kandungan premium Astro Originals;
• mengambil peluang dalam perapatan digital, jalur lebar dan perdagangan; serta
• memanfaatkan digital, data dan teknologi untuk membayangkan semula modal perniagaan kami.
Tahun kewangan 2024 akan terus melihat Astro melabur dalam jangka masa panjang transformasi dan pembangunan mampan, fokus terhadap kandungan, jalur lebar, penstriman, pengiklanan bersasar, pengalaman pelanggan, data dan teknologi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Kerjasama strategik bersama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menandakan kemasukan semula Astro sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia – Liga profesional utama di Malaysia.
Bertekad untuk mencapai aspirasi Astro sebagai Destinasi Sukan di Malaysia, kami akan mempertingkatkan kualiti produksi, menjana hubungan yang lebih baik dan memberikan liputan menyeluruh akan francais Liga Malaysia demi memberikan pengalaman terhebat #DemiLigaKita untuk para peminat.
Langkah ini dijangka mampu menjana perniagaan pada masa hadapan. Dengan kandungan tempatan memperoleh 75% tontonan para pelanggan, Astro akan meneruskan memperkasakan Astro Originals dan signatures seperti Projek: High Council, Andai Itu Takdirnya, Family Feud dan Liar akan menepati kehendak para penonton untuk kandungan yang berkualiti tinggi.
Kumpulan telah mendapatkan 10 aplikasi penstriman global ke Ultra Box dan turut dimasukkan ke dalam Pek TV Astro, memberikan tontonan skrin besar terbaik untuk para pelanggan Astro dengan kemasukan lebih lagi aplikasi penstriman premium.
Astro turut akan membawa aplikasi gaya hidup yang relevan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi. Fokus turut diberikan terhadap penskalaan sooka, aplikasi penstriman freemium untuk pelanggan muda Astro yang tersedia ada di peranti mobil dan skrin besar menerusi aplikasi TV pintar.
Kumpulan kini dilengkapi dengan penanda ukuran yang menyatukan ukuran penonton menerusi Linear dan On Demand dan baru-baru ini telah menambah ukuran mata wang dalam Commercial Establishments.
Astro menjangkakan Pengiklanan Bersasar mampu menjana minat dengan ramai lagi pengiklan yang mahu menggunakan kemampuannya dalam memberikan iklan yang disasarkan kepada penonton atau isi rumah yang khusus berdasarkan lokasi, kemampuan dan demografik lain dengan penggunaan data parti pertama.
Manakala, Astro Fibre perkhidmatan internet tersendiri yang dilancarkan pada Mac 2022, telah menampakkan tarikan positif terutamanya terhadap pek-pek gabungan jalur lebar-kandungan dan Astro baru-baru ini memberikan tawaran tersebut kepada pelanggan perusahaan.
Dengan digabungkan bersama pek kandungan, Astro menjangkakan Astro Fibre tumbuh secara berterusan pada masa hadapan.
Pada 2 Mac 2023, Mahkamah Majistret Melaka telah menjatuhkan hukuman terhadap tiga penjual peranti penstriman haram (ISDs) dalam bentuk TV Box yang dimuat turun dengan kandungan Astro yang tidak diiktiraf.
Peristiwa ini mengikuti kejayaan kes anticetak rompak yang dimenangi Astro pada November 2020 terhadap perusahaan komersial di Lembah Klang di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.
Keputusan-keputusan ini mengecam cetak rompak sebagai kecurian, haram dan boleh dihukum berdasarkan undang-undang dan membentuk kesedaran serta menggalak penggunaan berhemah amatlah penting.
Usaha giat dijalankan bersama pihak berkuasa dan Kumpulan menjangkakan keputusan dari masa ke masa.
Keadaan makroekonomi termasuk ketidakpastian perspektif keseluruhan peningkatan global, kenaikan kadar faedah serta inflasi yang moderasi tetapi menaik dijangkakan mempengaruhi isi rumah dan perniagaan secara berterusan.
Kumpulan akan kekal berpandangan berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan perniagaan, pada masa yang sama menguruskan kos perbelanjaan dengan cermat dan berhemah.

Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH)
Sorotan laporan kewangan untuk suku tahun keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023 (Q4FY23)
*Setiap perbandingan dirujuk dari suku tahun ketiga untuk FY23 (Q3FY23): perbandingan suku tahun ke suku tahun (q-o-q), kecuali seperti yang dinyatakan di bawah]:
PATAMI +>100% suku tahun ke suku tahun ke RM55 juta
Adex +14% suku tahun ke suku tahun ke RM126 juta
Pangkalan Jalur Lebar naik +34% tahun ke tahun
ARPU naik RM1 tahun ke tahun ke RM98.20

#Astro #pendapatan meningkat #Euan Smith #Adex tinggi dan kenaikan pangkalan jalur lebar
;