Pemilik syarikat yogurt pemenang Anugerah Usahawan Sedunia

Rizal Zulkapli
Jun 9, 2013 08:03 MYT
Pemilik syarikat yogurt Chobani, yang berpusat di Amerika, Hamdi Ulukaya, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Usahawan Sedunia Ernst and Young 2013 di Monte Carlo.
Hamdi yang dilahirkan di Turki, dan masih memegang kerakyatan Turki, menyatakan rahsia kejayaannya adalah memastikan segala impian, dan harapan dilaksanakan, biar apa pun cabaran yang mendatang.
Menurut Hamdi semasa sidang media selepas pengumuman kemenangannya, beliau menyatakan wujud pelbagai cabaran yang dihadapai semasa membangunkan Chobani.
"Kadang kala, membina perniagaan dan menjadi seorang usahawan membuat perubahan di dalam dunia atau mencabar syarikat besar dilihat sebagai satu cabaran. Realitinya ia bukanlah satu perkara yang sukar, jika anda melakukannya anda akan belajar. Saya ingin menggalakan mereka yang mempunyai semangat anda boleh mencabar syarikat besar. Anda tidak perlu menjadi usahawan teknologi, anda boleh menjual yogurt," kata Hamdi.
Hamdi dipilih dari 49 usahawan yang hadir di Monte Carlo daripada 47 negara.
Menurut ketua juri WEOY 2013, Rodrigo Alonso Herrera Aspra yang juga Usahawan EOY Mexico pada tahun 2011, Hamdi kejayaan yang dicapai dan keazaman untuk berjaya di Amerika.
"Dia mempunyai pencapaian yang baik, semangat keusahawanan yang tinggi. Beliau membuktikan impian Amerika masih boleh dicapai, Beliau mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang baik dan boleh menjadi inspirasi kepada usahawan muda lain untuk berjaya dan memasuki kategori yang sukar untuk dimasuki," kata beliau.
Hamdi melancarkan perniagaan yogurtnya pada 2007 dan dalam masa enam tahun berjaya mencapai jualan tahunan sebanyak 1 bilion dolar.
Chobani kini mempunyai lebih 3000 pekerja dengan pasaran di Amerika, United Kingdom dan Australia.
#Anugerah Usahawan Sedunia #Ernst And Young #Hamdi Ulukaya
;