Pemerkasa PLUS beri harapan baharu namun perlu diperkemas - Datuk Sohaimi
Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 1, 2021 12:48 MYT
Jun 1, 2021 12:48 MYT
KUALA LUMPUR: Dewan Perdagangan dan Industri ASEAN menyifatkan Program Strategik memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) mampu menjadi platform bagi memberi nafas baharu kepada usahawan-usahawan tempat ketika berdepan pandemik COVID-19 dan Perlaksaan Penutupan Penuh yang dilaksanakan.
Presidenya Datuk Sohaimi Shahadan berkata ia umpama memberi sinar kepada usahan tempatan yang ketika ini semakin kehabisan simpanan dan modal untuk meneruskan perniagaan mereka.
Bagaimanapun jelasnya beberapa penambahbaikan mungkin boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam memastikan segala bentuk bantuan yang ingin dilaksanakan itu lebih berkesan.
“Kerajaan mungkin perlu memberi fokus terhadap perubahan yang berlaku dalam rantaian perniagaan yang berubah akibat COVID-19 di mana kesanya adalah berbeza-beza terhadap usahawan.
“Beberapa industri misalnya boleh dikatakan lumpuh terus akibat COVID-19 seperti sektor pelancongan. Untuk itu kerajaan perlu mempunyai data dan maklumat yang betul dan tepat," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Namun jelasnya sejak PKP 1.0 yang dilaksanakan pelbagai rungutan disuarakan oleh usahawan di mana mereka merasakan kerajaan bertindak agak lewat dalam menentukan bentuk dan masa yang diambil untuk mengumumkan bantuan kepada mereka.
Akibat daripada itu katanya, ramai usahawan yang sudah terjejas teruk akibat bebanan akibat faktor masa dalam perniagaan mereka dan mungkin bantuan yang diterima tidak membantu mereka sepenuhnya.
“Agensi pembiayaan juga seharusnya perlu mempercepatkan proses pemohonan pada setiap bantuan tanpa terlalu banyak karenah birokrasi dan proses. Ini memandangakn banyak sebenarnya pernigaan dan usahawan yang kehabisan simpanan mereka untuk meneruskan perniagaan.
“Kita perlu lihat semula bantuan dari segi moratorium kerana sebenarnya tidak rugi apa-apa selain masa. Kerajaan juga perlu melihat dan memahami kekangan usahawan yang berhadapan dengan masalah-masalah mereka yang lain seperti sewaan premis dan sebagainya," jelasnya.
Sohaimi juga berharap agar pihak kerajaan lebih kerap mengadakan sesi dialog bersama pemain industri agar setiap kajian dan perlaksanaan itu lebih tepat selain memberi kesan dan impak positif kepada semua usahawan tempatan.
#Astro
#Astro Awani
#PLUS
#ASEAN
#ekonomi
#pelancongan
#usahawan
#COVID-19
#pandemik
#PKP
#sektor pelancongan