Pembukaan semula aktiviti perniagaan mampu pulih kedudukan ekonomi negara

Fauzi Suhaimi
Februari 11, 2021 14:34 MYT
Mohd Yusof berkata, penutupan sepenuhnya aktiviti itu tidak akan membantu pemulihan ekonomi. - foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Usaha membuka semula aktiviti perniagaan mampu memulihkan kedudukan ekonomi di negara ini.
Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, dengan pelaksanaan itu, beliau proaktif kedudukan ekonomi akan pulih seperti mana yang berlaku pada sukuan kedua 2020.
Katanya, ini kerana, penutupan sepenuhnya aktiviti itu tidak akan membantu pemulihan ekonomi.
"Pada tahun 2020, keadaannya bebeza yang mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) menyebbakan sektor ekonomi tidak boleh beroperasi atau bergerak pada potensi yang maksimum.
"Proses pemulihan pada sukuan kedua, ketiga dan keempat ketika aktiviti ekonomi dibuka semula dan kelihatan kembali pulih.
"Tetapi pada sukuan ketiga dan keempat, pemulihan sedikit perlahan menyebabkan ekonomi menguncup pada sukuan itu susulan pelaksaan PKPB ke atas sektor ekonomi yang menjadi tulang belakang khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia menguncup pada kadar 3.4 peratus pada suku keempat 2020 berbanding 3.6 peratus pada tempoh sama tahun 2019.
Untuk setahun penuh 2020, ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 5.6 peratus susulan kesan dan langkah kawalan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan disarankan untuk merapatkan jurang kekayaan rakyat bagi meningkatkan pendapatan per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ini kerana, jelas beliau, perkara itu penting untuk menghapuskan jurang kemiskinan atau kekayaan khususnya apabila berlaku krisis ekonomi.
"Apa yang berlaku sekarang ini, yang kaya kekal kaya dan yang miskin akan sukar untuk tingkatkan pendapatan.
"Sehubungan itu, apabila menyebut apakah langkah kerajaan untuk membantu meningkatkan KDNK adalah dengan merapatkan jurang kekayaan daripada hanya bergantung kepada indikator pendapatan negara kasar (PNK) per kapita," jelasnya.
#Bank Negara Malaysia #kerajaan #Keluaran Dalam Negara Kasar #PKP #PKPB #COVID-19 #keselamatan #rakyat #ekonomi #perintah kawalan pergerakan #KDNK #Pendapatan per kapita #PNK
;