Pembukaan KLIA2 mungkin alami kelewatan lebih enam bulan

Astro Awani
Jun 4, 2013 10:22 MYT
Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mungkin lewat lebih daripada enam bulan.
Menurut Alliance Research Sdn Bhd kelewatan ini tetap dihadapi meskipun bangunan terminal dijangka siap dalam masa dua bulan lagi.
Ini disebabkan oleh masa tambahan yang diperlukan selepas siap terminal seperti tiga bulan bagi ujian dan kajian kesediaan operasi dan enam bulan masa persediaan bagi AirAsia untuk berpindah ke terminal baharu.
Alliance menjangkakan KLIA2 hanya akan memulakan operasinya menjelang akhir suku pertama 2014.
Terdahulu Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menyatakan ia memohon kelulusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh konsesinya daripada 25 tahun kepada 60 tahun.
#AirAsia #KLIA2 #Malaysia Airport Holdings