Pembetulan

Astro Awani
Oktober 8, 2014 12:02 MYT
Astro AWANI
Kami merujuk kepada siaran “AWANI 7.45” pada 29 September 2014 di Astro Awani tentang laporan transaksi palsu/penipuan melalui emel.
Rujukan juga dibuat kepada siaran yang sama pada laman web, Facebook dan YouTube kami yang bertajuk “Penipuan Online RM30 Juta”.
Pihak kami ingin menyatakan bahawa terdapat salah faham dalam siaran tersebut di mana pihak kami tidak berhasrat untuk merujuk kepada Affin Bank Berhad sebagai institusi kewangan yang terlibat dalam kejadian transaksi palsu/penipuan melalui emel tersebut.
Pihak kami ingin menegaskan bahawa Affin Bank Berhad tidak terlibat dalam transaksi palsu/penipuan melalui emel seperti yang disiarkan oleh pihak kami.
Pihak kami dengan ini menarik balik apa-apa rujukan kepada penglibatan Affin Bank Berhad dengan kejadian tersebut.
Pihak kami amat kesal di atas sebarang salah faham yang mungkin timbul daripada siaran tersebut.
#Pembetulan
;