Pembangunan aplikasi Islam antara tujuh MoU dimeterai di WIEF

Astro Awani
Oktober 30, 2013 07:41 MYT
Sebanyak tujuh memorandum persefahaman dan perjanjian dianggarkan bernilai RM2.26 bilion dimeterai di hari kedua Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 (WIEF), London.
MoU terdiri daripada usaha sama, perjanjian pembelian pemajakan serta pembuatan dengan syarikat antarabangsa.
Pemeteraian MoU disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Antaranya BAE Systems akan bekerjasama dengan NanoMalaysia dan ISIS Innovation Ltd untuk meninjau kemungkinan menubuhkan pusat prototaip teknologi dan pembangunan di Malaysia.
Perjanjian bernilai RM65 juta itu, akan menyaksikan pihak terbabit bekerjasama mewujudkan rangka kerja untuk pusat berkenaan.
Sementara Clixster Mobile, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia dan Hi-P International akan bekerjasama membangun, mengeluar dan memasarkan telefon pintar android dengan kandungan dan aplikasi Islam bagi memenuhi keperluan negara dan komuniti islam.
#aplikasi #komuniti Islam #MoU #Najib Razak #WIEF
;