Pemaju hartanah yakin dengan pertumbuhan pasaran
Astro Awani
Februari 19, 2013 08:38 MYT
Februari 19, 2013 08:38 MYT
Pemaju hartanah yakin dengan pertumbuhan pasaran hartanah bagi separuh pertama tahun ini, dipacu oleh kestabilan ekonomi dan permintaan yang tinggi.
Berdasarkan kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) aliran permintaan pelanggan dan harga kukuh dari tahun lepas dijangka berterusan tahun ini dan akan terus menyokong sektor hartanah tempatan.
Menurut Presiden Rehda Datuk Seri Michael Yam Kong Choy, keyakinan pemaju terhadap sektor hartanah dijangka berterusan sehingga separuh kedua 2013.
Yam berkata permintaan terhadap hartanah kediaman strata sedang meningkat dan dijangka terus berkembang tahun ini.
Katanya lagi pembeli domestik akan terus menjadi pemacu utama pasaran dengan peningkatan pembelian untuk kegunaan sendiri.
Bagaimanapun, beliau berkata, kekurangan buruh dan peningkatan kos akan menjadi cabaran terbesar kepada industri.
Selain itu katanya bagi pihak pengguna kesukaran mendapatkan pembiayaan bank terusmenjadi kebimbangan utama.
Ini berikutan garis panduan amalan pinjaman baik oleh bank negara menyebabkan sesetangah golongan gagal memohon pembiayaan.