Peluang PKS perluas perniagaan era pandemik

Astro Awani
April 20, 2021 16:58 MYT
Maxis di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memperkenalkan Geran Digitalisasi PKS yang akan membimbing usahawan PKS meningkatkan prestasi dan digitalisasi perniagaan. - Astro AWANI
MEMAHAMI kesukaran dihadapi pelbagai sektor termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) era pandemik COVID-19, langkah proaktif menaik taraf penggunaan digital dijangka mampu melonjakkan perniagaan.
Pun begitu, masih ramai PKS belum berbuat demikian kerana sumber kepakaran serta tenaga kerja terhad, berbanding yang dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Secara perbandingan sebuah syarikat multinasional kebiasaannya sudah mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang mengendalikan semua aspek dalam perniagaan termasuk teknologi maklumat, pembangunan strategi serta pelan jangka masa panjang.
Menyedari situasi ekonomi dihadapi PKS ketika ini, Maxis di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) memperkenalkan Geran Digitalisasi PKS yang akan membimbing usahawan PKS meningkatkan prestasi dan digitalisasi perniagaan.
Maxis menyediakan penyelesaian kepada usahawan PKS terkesan dengan menawarkan perkhidmatan melalui rangkaian produk terluas yang tidak melibatkan orang ketiga atau pihak lain.
Penyelesaian seumpama itu tidak banyak ditawarkan di Malaysia, namun ia boleh dilaksanakan kerana Maxis mempunyai sumber serta kepakaran perkhidmatan digital untuk sesebuah perniagaan.
Usahawan PKS turut disyorkan mengenai produk yang diperlukan di samping membantu mereka memohon pinjaman geran bagi meneruskan kelangsungan mendepani saat mencabar ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu menyaksikan banyak perniagaan terutama di sektor makanan dan minuman (F&B) terpaksa menutup kedai atau mengecilkan operasi berikutan pendapatan yang menyusut.
Pembuangan pekerja turut menjejaskan urusan jual beli dan berikutan itu, usahawan PKS perlu beralih kepada penggunaan teknologi dan melakukan inovasi dalam operasi perniagaan untuk terus kekal berdaya saing.
Justeru, syarikat telekomunikasi itu menginovasikan Cloud Point-of-Sales (POS) Lite, iaitu sebuah penyelesaian komprehensif yang membantu industri F&B menyelaraskan pembayaran dan penghantaran hanya di dalam sebuah platform.
Ia sekali gus akan memacu perniagaan menjangkau lebih banyak pelanggan dan mendorong lebih banyak penjualan tanpa bayaran komisen untuk setiap pesanan dalam talian.
Dalam pada itu, berkongsi pengalaman semasa PKP, Pengarah MGFB Trading Sdn Bhd, Jennifer Lam berkata, dengan adanya Digital Marketing Starter Kit yang diperkenalkan oleh seorang perunding Maxis Business, syarikat dapat memanfaatkan teknologi untuk mengekalkan produktiviti, mencapai sasaran jualan serta kesinambungan perniagaan.
“Ia telah menjimatkan masa pekerja kerana platform tersebut mudah untuk digunakan tanpa memerlukan kakitangan pemasaran untuk menguruskannya. Selain menggunakan WhatsApp dan Facebook untuk mempromosikan jualan minuman baharu syarikat kepada pelanggan," katanya.
Lam menambah, dengan adanya sistem e-SMS automatik, ia memudahkan pihaknya menghubungi pelanggan sedia ada dan baru, di samping baucar digital yang diinovasikan menerusi kit tersebut.
Bagi pemilik Warung Pojok, Mohd Nazri pula, norma baharu hari ini memperlihatkan trend pelanggan kedainya yang lebih gemar melakukan pembelian secara dalam talian.
Bagaimanapun, capaian internet yang lemah boleh mengakibatkannya mengalami kerugian dan bagi mengekang masalah tersebut, beliau melanggan Maxis Business Postpaid dan Fibre.
“Sekarang saya dapat menyelesaikan pesanan dalam masa nyata dan berhubung dengan pembekal dan pelanggan dengan panggilan serta SMS tanpa had.
“Maxis turut menawarkan penyelesaian gred perniagaan secara percuma bernilai RM1,000 dan banyak manfaat sekiranya mendaftar dengan Geran Digitalisasi PKS Maxis,” ujarnya.
#AWANIByte: Geran Digitalisasi PKS Maxis perkasakan semula Warung Pojok
Maxis merupakan pembekal perkhidmatan teknologi yang dilantik oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Geran Digitalisasi PKS milik PENJANA.
Melalui inisiatif disediakan, Maxis dapat mempercepatkan digitalisasi PKS di Malaysia, membantu pengaktifan semula perniagaan serta mendorong perniagaan kekal relevan.
PKS berminat untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi PKS Maxis, boleh mengunjungi pusat Maxis berhampiran atau layari https://business.maxis.com.my/ms/Business/.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Maxis #perusahaan kecil dan sederhana #PKS #pandemik #COVID-19 #digital #Teknologi Maklumat
;