Pelbagai insentif menarik ditawarkan, tarik minat pelabur

Eton Khir
Oktober 27, 2021 21:35 MYT
Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) memberi nafas baharu kepada Cyberjaya menerusi pelan induk baharu dengan menyediakan pelbagai insentif menarik.
CYBERJAYA: Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) memberi nafas baharu kepada Cyberjaya menerusi pelan induk baharu dengan menyediakan pelbagai insentif menarik untuk syarikat-syarikat yang berkelayakkan bagi usaha mengukuhkan kedudukan bandar itu sebagai hab teknologi global menjelang tahun 2045.
Pelan Induk ini dianggarkan akan menyumbang sebanyak RM250 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menyediakan 87,000 peluang pekerjaan, dan memberi peluang kepada lebih 1,200 syarikat-syarikat untuk mula bertapak di Cyberjaya.
Pada masa sama, inisitiaf ini bagi menarik perlabur teknologi tempatan dan asing untuk turut serta membangunkan tiga kluster teknologi iaitu mobiliti pintar, penjagaan kesihatan pintar dan kreatif digital di Zon Inovasi di Selatan Cyberjaya melalui aktiviti Penyelidikan & Pembangunan & Penkormersilan (R&D&C).
1. Insentif menarik
Penawaran insentif ini merangkumi insentif am dan fiskal spesifik di Cyberjaya untuk syarikat-syarikat yang layak, merupakan hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada penghujung 2020 antara Cyberview dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Melalui kerjasama ini pelbagai insentif diperkenalkan untuk menarik pelaburan ke Cyberjaya terutamanya di kalangan perlabur yang memasuki Malaysia untuk pertama kali. Cyberview menyediakan sokongan-sokongan berikut untuk perniagaan yang layak.
Antaranya ialah memberikan akses kepada kemudahan kewangan, persekitaran untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kompetitif, pelepasan dari sekatan kawal selia melalui ‘National Regulatory Sandbox’ (NRS), bantuan dan fasilitasi menyeluruh untuk pelabur dan perniagaan menerusi Cyberjaya Investment & Services Centre (CISC).
Selain itu, ianya termasuk akses kepada program Makmal Hidup Cyberview dengan sebuah platform pelancaran untuk syarikat pemula dan pencipta membangunkan syarikat mereka.
Berikut antara insentif yang ditawarkan :
• Insentif Cukai
• Insentif Dana
• Insentif Berkaitan Ekspatriat
• Hab Prinsipal (Pakej Insentif Kadar Cukai (Tax Rate Incentive Package)
• Insentif Status MSC
• Insentif Cyberview
• Insentif Pelepasan Sewaan Cyberview
• Insentif Perniagaan dan Pelaburan
• Insentif Pembangunan Bakat
2. Mesra syarikat pemula
Program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang ditubuhkan pada 2013 telah menyaksikan penglibatan 85 syarikat pemula setakat ini.
Program ini menjadi satu landasan pelancar untuk syarikat pemula memacu pertumbuhan, menjalankan ujian dan mengesahkan solusi di dalam persekitaran sebenar di seluruh Cyberjaya.
Syarikat pemula ditawarkan ruang kerja tanpa sewa di Coinnov8, sebuah ruang kolaborasi dengan tajaan Cyberview, sepanjang tempoh program yang mendapat bantuan dari segi tunjuk-ajar dan pelbagai servis tambahan bernilai lebih RM100,000 termasuklah peluang-peluang untuk menguji idea bersama Cyberview serta pihak-pihak berkepentingan lain di Cyberjaya.
3. Pelepasan sewaan
Sebagai menyokong syarikat-syarikat PKS yang terkesan dengan pandemik COVID-19, Cyberview turut menawarkan insentif pelepasan sewaan ruang-ruang pejabat.
Melalui moratorium bersasar dan diskaun, sebanyak 95 buah syarikat PKS yang berkecimpung dalam bidang teknologi telah menerima manfaat dengan nilai impak berjumlah kira-kira RM1.5 juta secara keseluruhan yang membolehkan syarikat-syarikat ini terus beroperasi di dalam keadaan yang terbatas.
4. 5G Open Lab dan Living Lab, pusat penjanaan idea
Terletak di RekaScape, Cyberjaya, ianya merupakan inisiatif Cyberview dan syarikat telekomunikasi Digi yang dilancarkan pada 2019 yang merupakan program berasakan modal insan dan juga konsep bandar pintar untuk mereka menguji inovasi mereka dikomersialkan.
Setakat ini, 5G Open Lab telah digunakan untuk menguji solusi bandar pintar, mobiliti pintar, penjagaan kesihatan pintar dan kreatif digital manakala Living Lab pula bertindak sebagai pusat pengujian serta hasilan produk yang yang dijalankan di sekitar Cyberjaya.
Kejayaannya dilihat melalui anak syarikat Cyberview, Futurise yang menguruskan National Regulatory Sandbox (NRS), iaitu sebuah platform lengkap dalam ekosistem inovasi negara yang boleh dimanfaatkan syarikat pemula niaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan projek Zon Pengujian Dron di Cyberjaya dan Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) yang pertama di Malaysia.
5. Pakej ‘Soft Landing Zone’
Pakej Soft Landing Zone ditawarkan khusus untuk syarikat luar yang ingin memasuki pasaran Malaysia, khususnya Cyberjaya. Ianya merangkumi penawaran pakej ruang kerja (co-working space) yang diberikan secara percuma untuk tempoh di antara 6 ke 12 bulan dan juga akses kepada Pusat Perkhidmatan Pelaburan Cyberjaya yang berperanan sebagai pemudah cara di samping memberikan pelbagai perkhidmatan sokongan.
Di samping itu, melalui kerjasama bersama MIDA, syarikat luar yang layak boleh diberi status ekspatriat sehingga dua tahun, jawatan pegawai dagang untuk aktiviti kaji selidik sama ada untuk pasaran Malaysia dan juga serantau sebelum mengembangkan perniagaan mereka.
6. Pembangunan Bakat
Cyberjaya menjadi hab pembangunan bakat negara dan mengembangkannya ke persada dunia
Program Latihan Amali Berstruktur (Structured Internship Programme), merupakan antara pelbagai insentif hasil dari kerjasama Cyberview bersama TalentCorp, yang ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang berpengkalan di Cyberjaya.
Di bawah program ini, syarikat-syarikat yang layak akan menerima pelepasan cukai berganda dan akan menerima manfaat daripada pangkalan data berkaitan bakat-bakat yang sedia ada serta akan membolehkan mereka berurusan terus, melaui proses yang lebih cepat.
7. Pusat Perkhidmatan Pelaburan Cyberjaya
Cyberview telah menubuhkan sebuah pusat sehenti yang dinamakan Pusat Perkhidmatan Pelaburan Cyberjaya yang menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memudahcara kemasukan syarikat-syarikat ke Cyberjaya.
Pada masa sama, ia turut menyokong komuniti yang memerlukan sebarang informasi yang terkini berkenaan peluang untuk bakat, ruang kerja, peluang untuk mengkormesilkan produk-produk mereka dan pelbagai perkhidmatan lain lagi.
8. Insfrastuktur canggih
Lokasinya yang strategik dan mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur canggih itu memberikan satu gambaran esklusif kepada pelabur luar untuk bertapak di Cyberjaya.
Selain itu, dengan keluasan tanah, teknologi fiber dan kelebihan bekalan jana kuasa itu turut memberikan kelebihan untuk bandar itu menjadi bandar berteknologi tinggi malahan, ketika ini sahaja, Cyberjaya mempunyai kepadatan tertinggi syarikat berasaskan teknologi terdiri daripada syarikat pemula niaga hinggalah kepada perbadanan multinasional.
9. Dana Pelaburan Strategik dan Modal Insan
Dana pelaburan strategik boleh membantu syarikat tempatan berdepan dengan cabaran akibat daripada COVID-19.
Selain itu, bagi insentif modal insan ini pula ianya terbahagi kepada tiga kategori. Satunya, dari segi latihan industri untuk graduan dan keduanya, penempatan pekerjaan atau kerjaya.
Di mana, inisiatif ini memudahkan urusan syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja dan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan.
Di samping itu, ia turut melalui pembangunan profesional atau Cyberview sendiri yang menjalankan program-program sebegini melalui kerjasama dengan syarikat yang berkecimpung dalam bidang latihan terutamanya untuk kapasiti-kapasiti program pembangunan dan juga program-program lain disediakan oleh agensi berdekatan.
Penyediaan insentif-insentif menarik adalah antara keperluan penting yang diambilkira oleh Cyberview dalam usaha menjadikan Cyberjaya sebagai Hab Teknologi Global yang dinamik dengan ekosistem lengkap bagi menyokong perkembangan syarikat-syarikat di Cyberjaya untuk lebih berdaya saing.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://www.cyberview.com.my/contact-us/.
Cyberview Sdn Bhd | Pacu Cyberjaya sebagai hab teknologi 2045

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.

#Cyberview #Cyberjaya #hab teknologi global #insentif menarik
;