'Pelanggan adalah raja' - Henry Tan

Isabelle Leong
Disember 25, 2017 10:24 MYT
GCCCO Astro, Henry Tan mendedahkan bagaimana teori "customer is king" dapat menjadi petua kejayaan industri kandungan, kreatif dan komunikasi. - Astro AWANI/Shahir Omar
"ALWAYS, always, remember that the customer leads and the customer is 'king'."
Ini antara kata-kata hikmah Ketua Pegawai Kandungan dan Konsumer Kumpulan Astro (GCCCO), Henry Tan kepada AWANI REVIEW baru-baru ini.
Beliau mendedahkan bagaimana teori "pelanggan adalah raja" dapat menjadi petua kejayaan dan kelangsungan industri kreatif, kandungan dan komunikasi.
COMMA 2017 ialah simposium dua hari yang dianjurkan oleh Astro AWANI, baru-baru ini.
Beliau turut menegaskan, bergantung sepenuhnya kepada teknologi semata-mata belum tentu dapat menghasilkan sesuatu yang dekat dengan hati pengguna.
Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul "Astro Top Gun: Customer Is 'The' King".
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih tentang kepentingan untuk kembali kepada asas dan menilai semula bagaimana teknologi dapat diterap dalam sesuatu produk.
#AWANI Review #GCCCO #henry tan #Ketua Pegawai Kandungan dan Konsumer Kumpulan Astro #pelanggan #RAJA #teori
;