Pelancong wanita mula tinggalkan India selepas serangan seks

AFP
April 1, 2013 17:28 MYT
Bilangan pelancong wanita yang melawat India telah menurun sebanyak 35 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu berikutan peristiwa serangan seks yang telah menjadi berita utama, menurut satu kajian baru.
Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri India (ASSOCHAM) berkata kunjungan pelancong jatuh 25 peratus, pelancong memilih untuk melawat negara Asia yang lain seperti Malaysia dan Thailand.
Seorang pelajar India yang maut akibat dirogol oleh enam lelaki di dalam bas di New Delhi menimbulkan kemarahan terhadap layanan kepada wanita, selain itu terdapat juga beberapa serangan lain yang dilaporkan.
Penunggang basikal dari Switzerland antara mangsa dirogol berkumpulan di Madhya Pradesh bulan lepas, manakala seorang pelancong Korea Utara diberi dadah dan dirogol di daerah yang sama pada Januari oleh anak kepada pemilik hotel di mana mangsa menetap.
"Kejadian telah meningkatkan kebimbangan tentang keselamatan pelancong wanita di negara tersebut,” kata setiausaha awam ASSOCHAM D.S. Rawat, yang membuat tinjauan terhadap 1,200 pengendali pelancongan.
Angka bertentangan dengan anggaran bulanan yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan India, yang melihat peningkatan kehadiran pelancong awal 2013, walaupun angka untuk Mac belum dikeluarkan.
Februari melihat peningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding tahun lepas, menurut kementerian ianya jauh lebih rendah daripada pertumbuhan 7.9 peratus peningkatan dilaporkan pada Februari 2012.
Gour Kanjilal, pengarah eksekutif Persatuan Pengendali Pelancongan India turut mempersoalkan kejatuhan skala pengunjung seperti mana yang dilaporkan oleh ASSOCHAM, namun melaporkan yang beberapa pengunjung telah dihubungi untuk berbincang mengenai hal berkenaan.
"Ianya satu penolakan. Industri pelanconganlah yang pertama akan terjejas akibat insiden sebegini," dia memberitahu AFP.
Kempen pemasaran "Incredible India" sedia ada turut membantu bilangan pengunjung asing sepanjang enam dekad lalu kira-kira 6.6 juta pada tahun 2012 meskipun ketinggalan jauh berbanding China dan Malaysia.
Penasihat pelancongan dari beberapa buah negara menegaskan warga India harus memandang berat hal ini bagi mengelakkan ianya semakin meruncing menurut terbitan dari badan industri pada hari Ahad.
Hampir 72 peratus daripada pengusaha pelancongan mencatatkan pembatalan dalam tempoh tiga bulan lepas - musim pelancongan yang kebiasaannya sibuk - terutamanya oleh pengunjung wanita dari negara-negara seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Australia.
#ASSOCHAM #Incredibel India #India #pelancong
;