Pelancong China penyumbang terbesar jualan di KLIA2
Hilal Azmi
Disember 16, 2017 18:15 MYT
Disember 16, 2017 18:15 MYT
Populariti Malaysia dalam kalangan pelancong China menyumbang kepada peningkatan jualan di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Pengurus Besar Kanan MAHB, Nazli Aziz memberitahu, tahun ini menyaksikan kejayaan pertama kali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk mencapai jualan melebihi RM1 billion.
"Kita juga dapat lihat kempen sepanjang tahun ni memberi banyak kesan kepada kenaikan perbelanjaan setiap penumpang.
"Tahun lalu, KLIA berjaya melepasi pasaran melebihi RM1 billion, dan tahun ini, KLIA2 pula akan mencecah angka ini.
"Ini membuktikan bahawa usaha-usaha kerajaan yang memudahkan penerbangan dan juga kemudahan e-visa telah berjaya kerana jualan yang kita terima di semua lapangan terbang antarabangsa kendalian MAHB meningkat jika dibandingkan dengan tahun lalu," katanya ketika ditemui dalam majlis meraikan anak-anak dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah sempena program tanggungjawab sosial korporat dengan kerjasama Maybank Berhad.
Tambah Nazli, inilah musim terbaik untuk memberi pengalaman perayaan dan cuti hujung tahun ke peringkat yang lebih baik melalui aktiviti dan tawaran istimewa buat pelanggan.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank, B.Ravintharan menyifatkan aktiviti CSR seperti ini dapat memberi inspirasi baharu kepada anak-anak kecil terutamanya dalam merealisasikan imaginasi mereka menerusi filem terbaru Star Wars: The Last Jedi.
#B Ravintharan
#China
#CSR MAHB
#KLIA
#KLIA2
#MAHB
#Maybank
#Nazli Aziz
#Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah
#Star Wars