Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan swasta berjumlah RM13.5 bilion tahun lepas, mengatasi sasaran RM12 bilion, dan menyumbang kepada keseluruhan pelaburan sebanyak RM101.1 bilion sejak 2008.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata jumlah pelaburan yang memasuki wilayah itu setakat ini berjumlah 91.8 peratus daripada yang disasarkan iaitu sebanyak RM110 bilion menjelang 2020.
"Pertumbuhan pesat ECER menyediakan banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan dengan lebih 130,000 pekerjaan baharu dan 23,000 usahawan baharu, memberi banyak manfaat kepada kumpulan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di kawasan bandar dan luar bandar di wilayah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, ECER mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan digabung pada 30 peratus dan 37 peratus masing-masing bagi pelaburan swasta dan peluang pekerjaan sejak 2008.
Jebasingam berkata ECER juga mencatatkan pertumbuhan pelaburan swasta yang kukuh terutamanya dalam sektor-sektor utama iaitu pembuatan, pelancongan dan bioekonomi. Ketiga-tiga sektor itu secara terkumpul mewakili 80 peratus daripada jumlah pelaburan dalam ECER.
Beliau berkata setakat ini, taman perindustrian di ECER berjaya menarik pelaburan swasta berjumlah RM28.2 bilion.
Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) memperoleh pelaburan berjumlah hampir RM20 bilion dalam industri teknologi tinggi termasuk peralatan plastik dan logam, komponen automotif dan keluli.
"Pelaburan terkini di MCKIP ialah projek bernilai RM4 bilion oleh Wuxi Suntech Power Co Ltd, China, dan rakan-rakan kongsinya, untuk membina pangkalan pengeluaran bagi sel solar dan peralatan tenaga hijau," kata Jebasingam.
Beliau berkata pangkalan pengeluaran itu akan menjadi kilang tunggal terbesar sel solar di Asia Tenggara dan berpotensi mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung.
Menurutnya, sektor pelancongan juga mendapat rangsangan daripada pelbagai projek berimpak tinggi seperti transformasi projek Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu menjadi Bandar Pinggir Pantai Warisan yang meriah.
Beliau berkata projek itu menarik pelaburan berjumlah RM5.6 bilion dan mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan.
Projek pelancongan lain termasuk Kuantan Waterfront dan projek Pekan Heritage, termasuk Muzium Masjid Sultan Abdullah, yang dilancarkan baru-baru ini yang menyaksikan peningkatan kedatangan pelancong ke Pahang.
Mengenai pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ECERDC, secara kerjasama dengan agensi persekutuan dan negeri yang berkaitan, terus menyediakan insentif, bimbingan dan perundingan perniagaan kepada usahawan Bumiputera.
"Usahawan Bumiputera yang mendapat manfaat daripada inisiatif ECER dan dana pemudahan Teraju@ECER berjaya menyumbang RM15.2 bilion, atau 19.4 peratus daripada pelaburan swasta, ke wilayah ini dan mewujudkan 16,700 pekerjaan bagi penduduk setempat," katanya.
Jebasingam berkata ECERDC juga terus melaksanakan program pembangunan modal insan dan melahirkan generasi baharu pekerja mahir dan usahawan dalam kalangan komuniti B40 sebagai sebahagian daripada strateginya untuk merapatkan jurang bandar-luar bandar dan meningkatkan paras pendapatan.
Beliau berkata lebih 60,000 orang daripada pelbagai latar belakang bangsa dan sosioekonomi mendapat manfaat daripada pembangunan modal insan dan program pembasmian kemiskinan ECERDC seperti empower ECER, entrepreneur ECER, Suri@Home, TERAJU@ECER, Agropolitan dan Akuapolitan.
"Daripada 19,000 orang dewasa yang menyertai dan memperoleh kemahiran baharu menerusi program-program itu, 80 peratus menjadi usahawan dengan yang lain mendapat pekerjaan yang lebih baik.
"Mereka seterusnya, membantu menjana lebih 28,000 pekerjaan bagi penduduk setempat," katanya.
Sementara itu, Jebasingam berkata majlis tersebut juga memulakan kajian semula strategik Pelan Induk ECER bagi memastikan strategi dan usahanya terus memacu transformasi ke arah dan selepas 2020.
"Kajian semula ini akan mempersiapkan kami untuk memastikan sektor ekonomi ECER mengambil kesempatan daripada peluang baharu, hasil daripada peningkatan penyepaduan ke dalam rangkaian perdagangan global dan serantau, bagi memastikan matlamat kami membetulkan ketidakseimbangan serantau dan meningkatkan kehidupan dapat dicapai," katanya.
ECER adalah koridor ekonomi terdiri dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor, yang merangkumi kawasan seluas 66,000 kilometer persegi atau 51 peratus daripada Semenanjung Malaysia.
Wilayah itu mempunyai sejumlah 4.3 juta penduduk, kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk negara dengan pertumbuhan ekonomi dipacu oleh lima kluster ekonomi utama iaitu pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, perniagaan tani dan pembangunan modal insan dan keusahawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
![Pelaburan swasta ECER berjumlah RM13.5 bilion pada 2016 Pelaburan swasta ECER berjumlah RM13.5 bilion pada 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81485438512_ECERDC.jpg)
ECER menarik pelaburan swasta berjumlah RM13.5 bilion tahun lepas, mengatasi sasaran RM12 bilion. -
Agenda AWANI: ‘Virus’ media sosial
Jenayah dalam talian (scam, buli siber dan pedofilia) semakin menjadi-jadi, apa perlu kita buat? Apa cara nak desak pengendali platform untuk patuh terhadap undang-undang Malaysia terkait dengan pengguna media sosial? Diskusi 8.30 malam.
Anggaran 26 juta penduduk alami krisis makanan
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai situasi makanan yang semakin kritikal di Sudan
Polis sita stok bernilai €121 juta milik Amazon
Polis kewangan Itali menyita sebanyak 121 juta euro dari cawangan Itali syarikat e-dagang, Amazon atas dakwaan penipuan cukai dan ekspoitasi pekerja pada Selasa.
Tiga penduduk maut, lima hilang dalam kejadian banjir
Tiga orang terbunuh dan lima dikhuatiri hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda wilayah utara Vietnam pada Rabu.
Anggota tentera British parah diserang
Seorang anggota tentera British mengalami kecederaan serius susulan kejadian diserang oleh seorang suspek bertopeng berhampiran sebuah berek di tenggara England pada Rabu.
Empat tan kokain dirampas oleh Paraguay
Paraguay merampas lebih empat tan kokain yang disembunyikan dalam sebuah beg gula dipercayai akan dihantar ke Antwerp, Belgium pada Selasa.
Konsensus lima perkara antara fokus utama
Isu di Myanmar menjadi subjek perbincangan utama dalam Informal Consultation (current, previous dan incoming chairs of ASEAN) yang melibatkan tiga negara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
Buruan emas pertama negara bermula pada Khamis
Misi Malaysia untuk menamatkan penantian hampir tujuh dekad bagi pingat emas Olimpik pertama akan bermula esok apabila pertandingan memanah dimulakan, sehari sebelum upcara pembukaan temasya Olimpik Paris 2024, Jumaat ini.
Olimpik Paris: ‘Doa rakyat Malaysia mengiringi langkah atlet Malaysia’ - PM Anwar
Menerusi catatan di media sosial rasminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan kejayaan buat semua atlet dan menyatakan doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah atlet di Paris.
Undang-undang, akta berkaitan jenayah siber perlu diperketatkan
Jika kerajaan benar-benar mahu memerangi jenayah siber, akta perlu ditambah baik dan jika perlu, wujudkan akta baharu kerana jenayah siber sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.
![ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655422140_TBbaidzawi.jpg)
ECERDC cuba tarik pelaburan Jerman dalam industri RV di ECER
Ia berikutan peningkatan permintaan bagi opsyen yang lebih selamat bagi melancong serta lebih mesra alam semasa pandemik selain bertambahnya angka peminat RV di seluruh dunia.
![Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604655758_TengkuDatukSeriZa.jpg)
Belanjawan 2021: Projek di lima koridor wilayah ekonomi akan diteruskan
Projek-projek bagi lima koridor wilayah pembangunan ekonomi akan diteruskan pada tahun 2021 dengan peruntukan bernilai RM780 juta.
![Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600128173_MasjidKampungLaut.jpg)
Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
![Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599448535_TBTerengganu.jpg)
Belanjawan 2021: ECERDC syor tumpu pembangunan kawasan pulau Terengganu
Di bawah ECER 2.0, selain daripada penekanan terhadap pembangunan infrastruktur di destinasi pulau popular seperti Pulau Perhentian dan Pulau Lang Tengah, ECERDC juga membina mercu tanda ikonik.
![IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594890206_RaguSampasivam.jpg)
IR4.0: Malaysia mampu tandingi China, Korea Selatan
Penerapan transformasi digital dan IR4.0 di Malaysia juga dijangka dapat dipercepatkan apabila pelaburan teknologi tinggi masuk ke negara ini.
![PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522747637_NAJIBTUNRAZAK.jpg)
PM Najib isytihar Segamat kawasan pembangunan baharu ECER
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkembangan itu membuka era baharu untuk Segamat sekaligus memacu pertumbuhan daerah itu ke tahap lebih tinggi.
![Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520629887_DatukSeriMustapaM.jpg)
Rakyat Kelantan patut bersyukur ada ECER - Mustapa Mohamed
Kerajaan melalui ECERDC membantu peserta meningkatkan pendapatan mereka sehingga RM1,500 sebulan.
![Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71493094931_ECER.jpg)
Usaha transformasi sosio-ekonomi ECER dapat pengiktirafan global
Agenda transformasi sosio-ekonomi kerajaan bagi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat pengiktirafan antarabangsa.
![Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492264242_DSNajibRazak.jpg)
Lebih banyak pelan transformasi akan dilaksana jika kerajaan terus diberi mandat - PM Najib
Lebih banyak program transformasi yang memberi manfaat kepada rakyat akan dilaksanakan di masa hadapan.
![Kerajaan China tawar pakej kewangan menarik untuk projek ECRL - JPM Kerajaan China tawar pakej kewangan menarik untuk projek ECRL - JPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479055265_ECRLLogo.jpg)
Kerajaan China tawar pakej kewangan menarik untuk projek ECRL - JPM
Bagi membolehkan Malaysia mendapat terma kewangan yang terbaik, syarikat pembinaan terbesar milik China CCCC dilantik bagi melaksanakan projek tersebut dengan kos RM55 bilion.