Pelabur dijangka ambil sikap tunggu dan lihat
Umavathi Ramayah
Julai 26, 2021 11:44 MYT
Julai 26, 2021 11:44 MYT
KUALA LUMPUR: Meskipun Persidangan Khas Parlimen yang berlangsung mulai hari ini tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan hari ini, namun pelabur dijangka terus mengambil langkah berjaga-jaga dan bersikap tunggu dan lihat, pelabur dijangka terus mengambil langkah bejaga-jaga dan bersikap tunggu dan lihat.
Pengurus Dana, Value Partners Asset Managment, Kamal Mustadza berkata, ia adalah ekoran situasi politik negara yang lebih mencabar pada ketika ini.
Menurutnya, proklamasi Darurat yang dijangka tamat pada 1 Ogos depan juga dijangka memberi ketidaktentuan ke atas kemelut ekonomi yang melanda negara.
"Melihat kepada mesyuarat Parlimen kali ini, ia lebih menjurus kepada sesi penerangan berbanding perbahasan di mana usul seperti undi tidak percaya tidak akan dibawa, yang mana ia tidak akan menjejaskan kedudukan kerajaan pada hari ini.
"Namun begitu, saya menjangkakan pelabur akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan bersikap tunggu dan lihat memandangkan situasi politik negara yang lebih dniamik," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Kamal menjelaskan, antara dua isu yang akan diberi tumpu pelabur adalah kepada pelan tindakan bagi memerangi situasi COVID-19 dan hala tuju kepada sebarang perubahan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan penanda aras bagi pembukaan ekonomi secara menyeluruh.
Dalam pada itu ditanya mengenai angka Prestasi Import dan Eksport Malaysia bagi Jun 2021, memetik tinjauan yang dijalankan, beliau menjangkakan angka eskport dan import bagi Jun mencatatkan pertumbuhan positif dengan masing-masing 9.7 dan 15.9 peratus.
"Namun jika dibandingkan angka ini dengan prestasi yang memberansangkan yang dicatatkan pada Mei lalu, kita boleh lihat unjuran pada bulan Jun (lalu) adalah lebih rendah berbanding dengan bulan sebelumnya," ujarnya.
Beliau menjelaskan, ia adalah impak ekoran pelaksanaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Jun lalu.
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#ekonomi
#Parlimen
#PKP
#undi tidak percaya
#pelabur
#pelaburan
#prestasi import dan eksport