Pelabur asing minat labur di Malaysia

Astro Awani
Januari 25, 2013 15:57 MYT
Beberapa syarikat multinasional bersetuju secara dasarnya untuk membuat pelaburan di Malaysia melibatkan jumlah sebanyak RM5.5 bilion.
Pelaburan untuk beberapa tahun itu kebanyakannya terlibat dalam industri gas dan minyak.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan pengurusan syarikat terbabit di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.
Najib berkata, Itochu Steel Industry menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Petronas dalam industri petrokimia di Rapid, Pengerang di Johor.
Projek ini bakal memberikan impak kepada pembangunan Rapid Pengerang.
Syarikat itu, katanya berminat membina kilang yang mengeluarkan paip untuk industri minyak dan gas negara.
Manakala Evonik Industrie AG dari Jerman juga mahu membentuk bekerjasama dengan Petronas dalam industri petrokimia.
Mereka akan menjalankan kajian dalam setahun ini dan kerja-kerja akan bermula tahun depan.
Najib turut memaklumkan Hanwa Group dari Korea Selatan, telah menyatakan minat untuk terlibat dalam pelaburan di Malaysia.
#bisnes #Najib Tun Razak #Syarikat multinasional
;