Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden

Bernama
November 6, 2024 09:15 MYT
Indeks Dow Jones Industrial Average melonjak 427.28 mata, bersamaan 1.02 peratus, dan ditutup pada 42,221.88. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung, lapor Agensi Anadolu.
Indeks Dow Jones Industrial Average melonjak 427.28 mata, bersamaan 1.02 peratus, dan ditutup pada 42,221.88.
Indeks dolar AS susut 0.45 peratus kepada 103.42, manakala kadar pertukaran EUR/USD kekal stabil.
Logam berharga berada dalam zon positif; harga emas naik 0.27 peratus kepada AS$2,743.99 per auns, manakala perak meningkat 0.62 peratus kepada AS$32.65 pada 1000 GMT.
Harga minyak turut mengalami peningkatan sekitar 0.1 peratus, dengan penanda aras global minyak mentah Brent berada pada AS$75.35.
Kenaikan ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi walaupun di tengah-tengah ketidakpastian politik yang melanda pilihan raya presiden.
-- BERNAMA
#pasaran saham #pilihan raya presiden #Dow Jones #harga minyak
;