Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Astro Awani
November 23, 2023 09:30 MYT
November 23, 2023 09:30 MYT
GOLDMAN Sachs menjangkakan arah aliran yang menggalakkan dalam kebanyakan pasaran global pada 2024.
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus (termasuk pembelian balik dan dividen) untuk saham global pada tahun depan.
Selain itu, Goldman mengenal pasti saham Asia (tidak termasuk Jepun) berkemungkinan besar akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan pendapatan.
Manakala, Jepun dijangka mengalami sumbangan positif daripada peningkatan penilaian.
Bank pelaburan itu juga menegaskan bahawa inflasi dan kadar faedah telah memuncak, dan ia dijangka diturunkan secara perlahan tanpa menjejaskan kedudukan inflasi semasa dan tanpa menyebabkan kegawatan ekonomi.
Walaupun pertumbuhan keuntungan terhad dan penilaian yang tinggi, terutamanya di Amerika Syarikat (AS), Goldman kekal positif tentang prospek saham.
Landskap penilaian semasa mendedahkan bahawa AS, terutamanya dalam sektor teknologi, mempunyai nisbah harga kepada pendapatan (P/E) yang lebih tinggi daripada purata jangka panjangnya.
Walaubagaimanapun, yang tidak terlibat dalam teknologi, penilaian saham AS berada atas sedikit berbanding purata sejarahnya, menjadikan saham UK paling murah di antara wilayah yang disebutkan.
Prestasi luar biasa pasaran tahun ini berbeza mengikut rantau, dengan AS, didorong oleh segmen kecerdasan buatan AI dengan teknologi syarikat teknologi gergasi, mempamerkan pertumbuhan yang kukuh.
Goldman turut menegaskan sektor AI bukan hanya satu bentuk gelembung yang hadir dalam pasaran, sebaliknya ia menyokong syarikat teknologi dengan hasil yang kukuh serta penjanaan aliran tunai.
Perspektif ini sejajar dengan kepercayaan bahawa syarikat tersebut akan terus menunjukkan prestasi baik, walaupun memmpunyai penilaian tinggi berbanding dengan norma sejarah.