Pasaran saham dibuka tinggi selepas PRU13
Goh Thean Eu
Mei 6, 2013 10:17 MYT
Mei 6, 2013 10:17 MYT
Pasaran saham mengalami pembukaan paling tinggi dalam beberapa tahun selepas parti memerintah Barisan Nasional menyambung 56 tahun pemerintahan.
Tanda aras FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBMKLCI) meningkat lebih dari 130 mata atau ditutup pada 8 peratus sewaktu awal dagangan.
Kaunter cip biru, saham yang berhubung dengan kerajaan merupakan pemenang terbesar.
Antara yang meraih keuntungan termasuk: Gas Petronas (naik RM3.18 kepada RM22.70, kenaikkan sebanyak 16.05 peratus); Petronas Dagangan Bhd (naik RM1.62 kepada RM24.83, kenaikkan sebanyak 6.9 peratus); CIMB (naik 64 sen kepada RM8.25, kenaikkan sebanyak 8 peratus); UEM Land (naik 28 sen kepada RM2.92, kenaikkan sebanyak 10.6 peratus); Maybank (naik 31 sen kepada RM9.90, kenaikkan sebanyak 7 peratus); Tebrau Teguh (naik 9 sen kepada RM1.33, kenaikkan sebanyak 7.26 peratus) dan banyak lagi.
Sementara pasaran saham mengalami pembukaan yang terbesar dalam sejarah, matawang Malaysia meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada 2.9920 per dollar AS, yang paling tinggi sejak 2 Mac 2012.
Kerajaan yang mentadbir menyaksikan satu cabaran yang kuat oleh pakatan pembangkang, memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan 133 kerusi Parlimen.
Parti pembangkang DAP adalah pemenang terbesar di kalangan ahli Pakatan Rakyat dengan 38 kerusi kemenangan, diikuti oleh PKR dengan 30 kerusi dan PAS dengan 21 kerusi.
Pilihan raya umum ini, yang digambarkan sebagai "ketua segala pilihan raya", juga menyaksikan BN menguasai Kedah -- sebuah negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12.